Showing posts with label Mazda 2. Show all posts
Showing posts with label Mazda 2. Show all posts

Sunday, August 9, 2015

Menguji kehebatan Mazda 2 Serba Baru di Jepun

All New Mazda 2’ baru-baru ini telah diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sebagai tambahan barisan terbaru dalam keluarga Mazda dibawah Syarikat Grand Motors Sendirian berhad.

Sebelum ianya diperkenalkan, tahun lepas penulis tempatan telah dijemput untuk membuat uji pandu keluaran baharu ini bersama wartawan otomotif antarabangsa pada 19 ogos 2014 lalu di litar lumba Antarabangsa Tokachi yang terletak di Obihiro, Jepun.

Kereta keluaran terbaru ini adalah sebagai peningkatan dari model sebelumnya yang diubah suai dari segi bentuk, ruang dalam dan prestasinya. Mazda telah mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada wartawan otomobil untuk mengambil pengalaman tersendiri ciri-ciri yang dilengkapi berlainan dari model-model sebelumnya. Salah satu tarikan utama keluaran terbaru adalah teknologi Skyactiv yang telah membawa kepada banyak perubahan menakjubkan dari segi prestasi enjin dan penyempurnaan transmisi kereta-kereta Mazda baru hasil keluaran teknologi Mazda Motor Corporation.

Apa kebaikan teknologi skyactive ini? Menurut taklimat yang diberikan semasa berada di Jepun, teknologi Skyactiv memberi saluran pembakaran minyak dan api mesin enjin ketahap maksima dengan memampatkan bagi mendapatkan tekanan yang kuat dari enjin teknologi Skyactiv yang menyalurkannya kepada enjin, chassis dan transmisi mampu menghasilkan prestasi lebih baik dengan penggunaan bahan bakar sangat efisien.

Mazda 2 serba baru mempunyai banyak faedah yang menerima banyak anugerah
Tambahan lagi, dengan berkonsepkan ‘Jinba-Ittai’ yang bermaksud ‘kuda dan penunggang’ yang juga diberi erti ‘apabila dua menjadi satu’, pengertian lanjut ini, memberi kefahaman sebaik saja pemandu memasuki ruang dalam kereta, pemandu akan merasakan cantuman bersama kereta itu seolah-seolah menjadi satu menikmati perjalanan di jalan raya. 


Kesempatan membuat uji pandu kereta generasi keempat yang terbilang eksklusif dilantaran All New Mazda2 belum dilancarkan lagi di seluruh dunia. Mazda 2 ini akan dilancarkan di Paris Motor Show pada awal Oktober 2014 lalu untuk pasaran Eropah. Mazda2 benar-benar menjadi refleksi dari Mazda CX5 atau Mazda6. Dimana desainnya memang menggunakan KODO Soul sebagai basisnya. Berikut juga dengan teknologi mesin yang sudah berbekal teknologi Skyactiv yang sangat efisien.

Enjin 1.5 Skyactiv-G dengan transmisi 6-kelajuan dengan kereta berbadan kecil ini sudah cukup bagi penulis menilai akan prestasi kereta ini menjadi satu tarikan penting. 

Ketika memasuki ruang kabin kereta Mazda2 serba baru itu, penulis serta-merta merasakan persekitaran seperti didalam sebuah kereta sport. Selain itu, Kesan ini berpunca dari reka bentuk  papan pemuka yang berlainan dari kereta yang pernah dilihat. Papan pemuka Mazda2 baharu ini menggabungkan kemodenan dan motorsport. Antara yang terbaik penggunaan lapisan kulit yang diletak di panel-panel chrome dan aksen serat karbon.


Kenikmatan duduk di dalam kabin Mazda2 serba baru masih ditambah dengan layanan sempurnya yang diberikan sistem multi-medianya. Sebuah monitor besar di atas papan pemuka akan memainkan peranan penting dalam memberi maklumat. Monitor tersebut dikawal melalui sebuah kawalan pintar di bahagian tengah berhampiran tempat duduk depan kawalan mudah dan mesra pengguna seperti yang ada pada fungsi-fungsi yang diberikan dalam kereta jenis premium.

Chief Designer Mazda, Ryo Yanagisawa turut menerangkan kepada media mengenai keistimewaan 'Jinba Ittai'
Sebelum memulakan uji pandu di litar lumba Tokachi itu, pihak penganjur memberi arahan keselamatan dan juga perjalanan mengikut laluan yang diberikan, walaupun keadaan masa itu hujan, para penulis tidak teragak-agak untuk membuat ujian kereta tersebut bagi memastikan kebolehannya.

Mazda2 serba baru dengan teknologi Skyactiv-G menetapi janji akan respon pecutan teknologi mereka, pada memulakan perlepasan kereta tersebut seolah-olah kereta buatan Jepun ini tidak ketinggalan, perlepasannya agak begitu lancar apatah lagi memasuki gear 2 hingga ke 4 sangat teratur. 

Membuat lencongan padat pada litar lumba itu semasa waktu hujan tidak menjadi masalah dengan adanya konsep ‘Jinba-Ittai’ itu, jika dibandingkan dengan kereta lain, Mazda 2 yang direka khas untuk keseronokkan pasti menghilangkan kebimbangan pemanduan. Oleh kerana kereta tersebut akan mengikut kemahuan dan kawalan pemandunya yang menjadikan pemanduan lebih seronok dalam perjalanan hampir mahupun jauh. 

Sebelum membuat pecutan akhir, penulis memilih mode Sport, pilihan salah satu dari tiga pilihan mode transmisi, iaitu ‘Normal’ bagi pemanduan biasa, ‘Sport’ dengan kontrol penuh computer yang ingin berseronok memandu, atau pilihan ‘semi-manual’ di mana pemandu mengemudi penukaran gear secara manual. 

Memasuki perjalanan yang lurus dilitar lumba Tokachi, Hokkaido mengambil kesempatan penulis untuk menekan ketahap maksimum pecutan Mazda2 gabungan transmisi 6-kelajuan Skyactiv-Drive, penulis sendiri berjaya mencatat kelajuan sehingga 155km/j. Pencapaian maksimum ini datangnya dari tenaga di setiap tingkat putaran mesin dan teknologi dibawah Skyactiv-G.

Memiliki sebuah Mazda2 terbaru adalah pilihan bijak bagi penggemar yang suka memandu keseronokan serta pemanduan yang selesa.
 

Saturday, March 28, 2015

Pelancaran Mazda2 Serba Baru

Untuk versi Inggeris, klik berita ini di sini.
Keseronokan memandu kini kembali semula dengan pelancaran model terbaru Mazda2 serba baru. Berikutan pengenalan barisan Mazda CX-5, Mazda 6 dan Mazda 3, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad hari ini memperkenalkan keluaran Mazda 2 baharu sebagai barisan model jenerasi keempat yang dilengkapi dengan teknologi SKYACTIV dan reka bentuk KODO ‘Soul of Motion’.

Mazda 2 serba baru dengan keluaran jenis Sedan dan Hatchback menampilkan sebuah model yang bergaya dan kacak, sportif, berkualiti tinggi dan dicantumkan dengan persekitaran berlainan dari jenama lain dan prestasi keselamatan yang tinggi.
Kedua dua jenis model boleh didapati dengan kain ruang dalam berwarna hitam, selain itu warna luaran pula boleh didapati dengan 10 jenis warna iaitu Soul Red Metallic, Dynamic Blue Mica, Gunmetal Blue Mica, Deep Crystal Blue Mica, Titanium Flash Mica, Metropolitan Grey Mica, Aluminium Metallic, Snowflake White Pearl Mica, Black Mica dan Arctic Mica.

Dengan perubahan teknologi kepada SKYACTIV, Mazda telah mencapai visi masa depan iaitu ‘Sustainabe Zoom-Zoom’ dengan kereta yang selalu membawa kepada riang, menarik dan seronok untuk dipandu memberikan keinginan untuk memandu lagi.




Mazda 2 direka bentuk untuk mencabar buah fikiran umum bahawa nilai kereta mempunyai kadar mengikut ukurannya. Kereta jenis kelas Sub-Compact adalah segment jualan tertinggi di pasaran Brunei, dan dengan menawarkan teknologi SKYACTIV dengan enjin mesra alam dan juga reka bentuk bertemakan KODO pada Mazda 2 serba baru, Mazda setentunya menumpukan bagi memberikan pemanduan selesa dan persekitaran termasuk keselamatan terbaik di kesemua aspek.

Tambahan lagi, ruang dalam berkualiti tinggi mengikut falsafah dalam bahasa Jepun ‘Jinba Ittai’ yang bererti ‘dua menjadi satu’. Falsafah dan inovatif reka bentuk Mazda ditanam dari pembangunan model jenerasi terbaru CX-5 semuanya di reka semula menjadi sebuah kereta kompak Mazda 2 serba baru.


Syarikat tersebut membawa model Mazda 2 serba baru bersama enjin jenis SKYACTIV 1.5, sebagai anjakan kecil yang baru dibangunkan membawa kepada enjin petrol yang bersih. Ianya mempunyai kuasa maksima kepada 85kW pada 6,000rpm. Kereta tersebut juga turut dilengkapi dengan system i-Stop yang secara automatic mematikan enjin kereta semasa membuat perhentian sementara, ini membolehkan untuk menjimat penggunaan minyak semasa berhenti di lampu trafik atau memasuki simpang.

Selain itu juga, baru-baru ini, Mazda 2 serba baru telah dianugerahkan kepada Jepun Tahunan 2014-2015 oleh Ahli Jawatankuasa Kereta Tahunan Jepun, Anugerah Emas Reka Bentuk Terbaik 2014 oleh Anugerah Menteri Kementerian Perekonomian, Perdagangan dan Industri (Ministry of Economy, Trade and Industry Minister’s Award) dan juga dianugerahkan sebagai Golden Steering Wheel Award dalam kategori kereta kecil.

Penulis Mantuka.com akan mengeluarkan berita kandungan uji pandu Mazda 2 serba baru semasa berada di Jepun minggu hadapan.

Kedua-dua jenis model tersebut kini dipamerkan di bilik Pameran Mazda, Syarikat Grand Motors Sdn Bhd Beribi dan orang ramai juga diberi peluang untuk membuat uji pandu mana-mana model yang diminati.


Wednesday, February 25, 2015

Mazda 2 Serba Baru Akan Diperkenalkan Pada Bulan Mac Ini




Tidak lama lagi, Syarikat Grand Motors akan memperkenalkan keluaran Mazda 2 serba baru, keluaran Model Mazda 2 akan diperkenalkan kepara orang ramai pada bulan Mac ini nanti setelah di sahkan oleh ahli Syarikat berkenaan.

Mantuka.com akan diberi peluang nanti untuk menyaksikan lebih dekat sebelum ianya diumumkan rasmi dan akan memberi berita terkini mengenai spesifikasi kereta Mazda 2 terbaru. 

Kereta keluaran terbaru ini adalah sebagai peningkatan dari model sebelumnya yang diubah suai dari segi bentuk, ruang dalam dan prestasinya. Mazda telah mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada wartawan otomobil untuk mengambil pengalaman tersendiri di Hokkaido, Jepun mengenai ciri-ciri yang dilengkapi berlainan dari model-model sebelumnya. 

Salah satu tarikan utama keluaran terbaru adalah teknologi Skyactiv yang telah membawa kepada banyak perubahan menakjubkan dari segi prestasi enjin dan penyempurnaan transmisi kereta-kereta Mazda baru hasil keluaran teknologi Mazda Motor Corporation. Mazda 2 baharu ini juga mempunyai lampu depan yang lebih ganas dilengkapi dengan lampu LED.

Saturday, January 24, 2015

Haji Hidop bin Haji Salleh Menang Sebuah Mazda 3

Tuah tidak kemana jika ianya milik anda! Itulah perasaan yang disampaikan oleh Haji Hidop bin Haji Salleh selaku pemenang utama cabutan akhir promosi ‘Beli Mazda menang Mazda’ yang memenangi sebuah kereta Mazda 3 1.5 (A) Sedan.

Begitu juga dengan nasib Haji Reduan bin Haji Rosman yang turut berkongsi kegembiraan beliau setelah memenangi sebuah kereta Mazda 2 1.5 (A) Sedan selaku pemenang kedua dalam cabutan itu. Kedua-dua mereka memegang tuah setelah berjaya membuka pintu kereta Mazda dengan setelah memilih kunci yang tepat dari kunci-kunci yang disediakan.

Bukan itu sahaja, pemenang ketiga yang dimenangi oleh Haji Mohaimin bin Haji Mohamed membawa balik wang tunai sebanyak B$5,000.

Antara hadiah lainnya, 10 pelanggan telah memenangi tiket pulang balik ke Bali Indonesia, 10 pelanggan lagi memenangi Apple iPhone 5C 16GB, baucer wang tunai B$300.00 telah dimenangi oleh 40 pelanggan dan 37 pelanggan yang tidak di undi secara automatik telah menerima baucer bernilai B$100.00.

Cabutan-cabutan telah disempurnakan oleh wakil-wakil Perbankan. Manakala hadiah utama telah disampaikan oleh Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Noriko Iki selaku tetamu kehormat bersama Pengerusi Grand Motors Sdn Bhd, Teng Chin Ying. Majlis berlangsung minggu lepas di Bilik Pameran Mazda, Beribi.

Cabutan akhir promosi 'Beli Mazda Menang Mazda' telah berjalan sejak 2 Jun hingga 31 Disember 2014 bersempena dengan ulang tahun Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Mazda di Brunei Darussalam.

Hanya 100 pelanggan yang di undi pada cabutan awal minggu lalu dan dijemput untuk mengikuti cabutan akhir 'Beli Mazda Menang Mazda' dan kesemua yang dijemput semalam setentunya membawa pulang dengan hadiah.