Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, December 13, 2014

Keluaran Model Citroen Terbaru: Grand C4 Picasso

Setelah berjayanya melancarkan kereta jenama Citroen ke Negara ini, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad hari ini mengumumkan pemasaran baru sebuah lagi kereta keluaran baharu dari jenama Citroen.

Model terbaru buatan Perancis yang dinamakan sebagai Citroen ‘Grand C4 Picasso’ dipadankan dengan penjana kuasa 1.6 VGT enjin Turbo Petrol dengan 6-kelajuan transmisi Automatik.

Menurut kenyataan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengadar rasmi Citroen di Brunei Darussalam, Citroen model dibawah kelas C ini mampu menghasilkan kuasa hampir 150 kuasa kuda pada 4,000 rpm dan tork mencapai 240 Nm pada 1,400 rpm.

Semasa pihak media diberi peluang untuk menyaksikan kereta tersebut dengan lebih dekat lagi, Grand C4 Picasso dilengkapi dengan AdBlue untuk merendahkan tahap emisi oksida nitrogen.

MPV buatan Perancis ini memiliki banyak kelebihan. Dilihat dari luaran, Citroen Grand C4 Picasso memang memiliki gaya yang menarik perhatian. Rekaan luarannya diserlahkan menerusi garis badan, bahagian hadapan yang direka semula dan lampu belakang 3D LED.

Bukan saja dari rekaan luar, tetapi bahagian dalaman juga menyerlahkan keselesaan dan ketelitian buatan yang tinggi. Ruang kabin cuba meniru keselesaan berada di dalam kelas pertama pesawat.





Antara fungsi-fungsi yang dilengkapi pada Grand C4 Picasso 1.6 ialah kawalan penghawa dingin automatik zon berkembar yang turut mempunyai corong bagi tempat duduk barisan kedua dan ketiga, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, instrumen kluster digital 12 inci, kamera undur, bumbung panoramik, pembuka pintu belakang elektronik, dan rim bersaiz 17 inci tayar alloy.

Bukan itu sahaja, sistem amaran pertukaran laluan, sistem letak kereta secara automatik dan sistem amaran titik buta sebagai fungsi standard model ini. Manakala sistem keselamatan yang ditampilkan ialah enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman, Kawalan Kestabilan, cakera brek bagi keempat-empat tayar, dan tiga poin bagi ISOFIX.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pelancaran Citroen Grand C4 Picasso yang akan berlangsung pada 19hb Disember 2014 pada jam 9 pagi vertempat di Bilik Pameran Citroen, Beribi, Gadong.

Ikuti Mantuka untuk gambar-gambar Citroen Grand C4 Picasso.

Klik disini untuk versi Inggeris.