Mantuka

Hyundai i30N

Wednesday, November 26, 2014

GM Tempah Suis Pencucuhan Baru

Gambar courtesy dari Autoblog
Berita courtesy dari Media Permata

NEW YORK, 12 Nov (AFP) – Gneral Motors menempah suis pencucuhan baru beberapa bulan sebelum ia menarik balik kereta dengan bahagian rosak yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 32 kematian.

Pengeluar kereta terbesar di Amerika Syarikat itu menempatkan tempahan “penting” untuk setengah juta suis pencucuhan baru pada 18 Disember untuk mengganti suis rosak, sehari selepas bertemu dengan eksekutif kanan. The Wall Street Journal berkata pada Ahad, memetik e-mel di antara GM dan pembekalnya Delphi Automotive.

Gambar dan caption courtesy dari The New York Times: Rodney O'Neal (kiri), Ketua Eksekutif Delphi Automotive, dan Mary Barra (kanan), Ketua G.M., selepas sidang Dewan Negara pada Julai lalu - Brendan Smialowsku/Agence France-Presse - Getty Images
Ia adalah dua bulan sebelum GM menghubungi pengatur keselamatan persekutuan mengenai masalah tersebut. GM, yang dibelenggu dalam tindakan guaman mengenai suis pencucuhan rosak, hanya mula menarik balik kira-kira 2.6 juta kereta pada Februari.

“Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk pengeluar kereta, sebelum penarikan balik, untuk memeriksa alat ganti yang ada dan menempah alat ganti berkenaan,” lapor Journal.

“Namun, tempahan alat ganti utama akan digunakan oleh peguam yang mewakili beribu-ribu orang dalam tindakan guaman ke atas GM, yang mendakwa pengeluar kereta berlengah-lengah dalam menghubungi orang awam mengenai masalah untuk tempoh seberapa lama mungkin.”