Mantuka

Thursday, October 2, 2014

Uji Pandu Tata Vista


Kereta jenama Tata buatan India kini berada di pasaran Brunei Darussalam telah menerima banyak respon yang mempersoalkan, apakah TATA mampu bersaing dengan jenama-jenama lainnya?

Jenama TATA pernah berada di negara ini dan terkenal dengan model Sumo dan Estate yang dijual dengan begitu murah. ramai yang memiliki TATA tetapi apa yang menyedihkan model tersebut menghilang dengan begitu lama sehinggakan ada pemilik kereta yang masih menjaga kereta tersebut sehingga masa kini tetapi tidak tahu kemana hendak di tuju untuk menyelenggara kereta tersebut.


Worldwide Motors dibawah Syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd membawa berita baik kepada masyarakat negara Brunei Darussalam yang mana syarikat tersebut mula membawa semula jenama TATA kenegara ini. Pada zaman canggih ini, TATA memperkenalkan model-model keluaran terbaru yang sudah pasti dilengkapi dengan peralatan canggih untuk keselesaan pemiliknya.


Model-model terbaru itu ialah TATA Vista,  Manza, Aria dan Indica yang telah dilancarkan baru-baru ini di Bilik Pameran Worldwide Motors Sdn Bhd di Jalan Beribi disempurnakan pelancarannya oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Dr. Ashok Kumar Amrohi.


Baru-baru ini, penulis Mantuka.com telah diberi kesempatan untuk membuat uji pandu TATA Vista GZX 1.4 yang bermula dari Bilik Pameran Worldwide Motors Sendirian Berhad di Beribi, Gadong ke perjalanan yang agak sedikit sesak di pusing keliling Beribi. Penulis juga mengambil kesempatan untuk berjalan menuju ke Kampong Katok, menaiki bukit di kawasan Bangunan Sumbangsih dan menuju balik ke Bilik Pameran tersebut menggunakan jalan-jalan kecil yang mempunyai selekoh yang banyak.

Tata Vista dikuasai oleh enjin 1.4L Safire-Quadrajet yang diiktiraf antarabangsa, dan kedengaran sampai kedalam kabin seolah-olah ianya seperti kereta berprestasi tinggi. Apatah lagi ketika melakukan perlepasan awal kereta tersebut berjaya menyalurkan kuasa yang begitu cukup untuk menggerakkan kereta dengan begitu lancar. Gabungan transmisi manual 5-kelajuan, pijakan pedal minyak yang senang dioperasikan memberi kepuasan kepada pemandu yang ingin memiliki kereta jenis transmisi manual. 


Pikah Mantuka.com juga rasa pengendalian dan redaman suspensionnya yang direka khusus buat permukaan jalan yang tidak rata itu adalah baik untuk kereta dengan harga berpatutan ini. Semasa menjalani jalan tidak rata dan berlubang, ianya tidak menjadi masalah. Sistem suspensinya dapat meredam setiap kejutan dengan baik. Sejurus dengan pengendaliannya yang juga ternyata asik diajak dikendalikan. Cukup lincah dan tepat, serta stabil di kelajuan tinggi.

Meskipun pesaingnya disegmen ini cukup berlawanan, namun TATA Vista boleh dijadikan pilihan untuk yang punya budget sederhana. Dengan ciri-ciri yang lengkap, rasanya Tata Vista boleh membuat orang dijalanan menoleh melihat kereta Tata Vista anda.


Kereta Tata Vista merupakan kereta ekonomi dari segi penggunaan bahan api, dapat dipercayai dan menyeronokkan untuk memandu. Ia merupakan kombinasi sempurna estetika dan suspension bunyi yang moden, perekaan teliti untuk menjaga kesemalatan anda daripada kedudukan tempat duduk yang tidak stabil apabila merentasi permukaan jalan yang tidak rata.


Beg udara adalah salah satu ciri keselamatan Tata Vista. Ia juga dikenali sebagai ciri beg udara SRS Tata Vista. Ia disediakan untuk menyediakan kusyen kepada penumpang Tata Vista semasa kemalangan. Apabila perlanggaran berlaku, beg udara Tata Vista, terdiri dari kain khas, keluar dan menyediakan kusyen kepada penumpang dan mengelakkan kecederaan serius. Secara umumnya, beg udara Tata Vista yang pernah digunakan tidak boleh diguna semula.



Tata Vista GZX 1.4L, MY2014 baru-baru ini telah menerima 3 Bintang untuk Perlindungan Dewasa (Adult Occupant Protection) dan 3 Bintang untuk Perlindungan Kanak-Kanak (Child Occupant Protection) oleh Program Penilaian Kereta Baharu Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) sempena berlangsungnya ASEAN NCAP Grand Prix Awards di Kucing, Sarawak.

Dalam perjalanan keseluruhan itu, pihak Mantuka.com telah meneliti bahawa TATA Vista GZX 1.4 merupakan sebuah kereta hatchback yang bergaya dengan reka bentuk yang teliti direka khas buat keluarga baru. 3 biji lampu depan memberikan wajah Vista kelihatan moden dan tersendiri, bumper dipasangkan dengan lampu kabus, jeriji krom dan sportif mengumumkan kedatangan Vista baru itu. Jika ditambah spoiler dibelakang kereta ini, ianya akan merubahkan wajah Tata Vista menjadi kereta sport.



Dalamannya mempunyai kelengkapan moden dan setentunya konsep 'keseronokkan' dilengkapi dengan sistem muzik 2-DIN dan eman pembesar suara, stereng yang dipasangkan dengan kawalan serta sambungan telefon untuk memberikan keselesaan anda semasa melalui kesesakan jalan raya. Ruang bagasi seluas 232 liter, lebih dari cukup untuk sebuah hatchback asal dari India ini. Meter cluster yang kedudukannya ditengah dashbord juga cukup menarik perhatian.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Tata Vista.