Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, September 29, 2014

Lim Jin Wei dan Chin Yun Vui Juarai Perlumbaan Piala Suzuki 2014

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman hari ini telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam Perlumbaan Piala Suzuki 2014 yang diiringi oleh Pengarah Urusan Boustead Sendirian Berhad, Dato Lim Beng Thai.

Perlumbaan ini berkonsepkan jenis Kereta Tahan Lasak diadakan buat kali ketiga setelah berjaya  mengadakan perlumbaan yang sama tahun lepas dianjurkan oleh Boustead Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Gabungan Berwawasan 4x4 Daerah (PGB4).

Perlumbaan yang dijalankan selama dua hari itu bermula dari 27 dan 28 September, hanya dibukakan kepada warga tempatan yang mempunyai kereta pacuan empat roda berjenama Suzuki sahaja. Perlumbaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ‘Open Relay Standard’ dan ‘Open Relay Modified’.

Dalam keputusan Perlumbaan itu, kategori “Open Relay Standard” dengan hadiah bernilai B$800.00 dimenangi oleh Chin Yun Vui, ditempat kedua menerima B$500.00 jatuh kepada Adi Lufti dan tempat ketiga menerima B$300.00 jatuh kepada Patrick Hii Siang Hock.

Bagi kategori seterusnya iaitu “Open Relay Modified” (ubahsuai), juara disandakan oleh Lim Jin Wei menerima hadiah wang tunai sebanyak B$1,500.00 beserta piala cabaran Suzuki, manakala ditempat kedua jatuh kepada Chin Yun Vui menerima B$1,000.00 dan ditempat ketiga Boon Chin Fatt menerima B$700.00.


Pada tahun ini, Perlumbaan buat kali pertama disertai oleh seorang pemandu pacuan empat roda wanita bernama Juwana binti Alik yang menyertai kategori ‘Open Relay Standard’ menggunakan kereta Suzuki Vitara.

Semasa ditemubual katanya, walaupun beliau tidak berjaya memenangi dalam kategori tersebut tetapi semangat beliau untuk menyertai pertandingan ini telah memberi cabaran hebat kepada peserta lainnya.

“Ini bukan kali pertama saya menyertai pertandingan seperti ini, saya juga pernah menyertai cabaran perlumbaan di Negara jiran untuk mengambil pengalaman dan mempelajari dalam memandu kereta jenis 4X4 bersama kumpulan saya iaitu TTK dari Kuala Belait, katanya.

Koh Eng Chong selaku Pembantu Pemandu kepada Juwana binti Alik turut memberi ulasan kepada beliau, bahawa, pemanduan Juwana sangat baik apatah lagi sekarang pemandu wanita mula menyertai pertandingan seperti  Perlumbaan Piala Suzuki 2014 ini, beliau berharap akan menyertai lagi pertandingan yang akan datang dan diharap mempunyai kategori khas untuk wanita.

Acara ini bukan sahaja untuk menggalakkan imej jenama Suzuki kepada para pelanggannya tetapi juga untuk meningkatkan hubungan diantara Boustead Sdn Bhd sebagai peniaga dengan Persatuan Gabungan Berwawasan 4x4 Daerah.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Suzuki Challenge Cup 2014 (Part 2).