Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, October 4, 2014

Ikuti Promosi Citroen yang Menarik


Citroen Brunei dibawah Syarikat Grand Motors Sdn Bhd membariskan tiga promosi hebat dan menyeronokkan untuk orang ramai bagi bulan Oktober hingga Disember ini.

Sertai promosi-promosi yang disediakan dari Syarikat berkenaan untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa.

Jika pelanggan membeli kereta apa jua jenis model Citroen iaitu model DS3, DS4 dan DS5 dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2014, pelanggan akan berpeluang untuk memenangi sebuah lagi kereta Citroen DS3 atau iPhone6 16GB.

Selain itu, pelanggan yang berada di Bilik Pameran Citroen di Beribi dan membuat uji pandu apa jua jenis model Citroen pada tarikh promosi yang sama, pelanggan juga akan berpeluang memenangi hadiah sebuah peranti iPad Mini 16GB Wifi untuk dua pemenang secara percuma.


Tambahan lagi, jika anda ternampak kereta Citroen DS3, DS4 atau DS5 dijalanan yang berada dimana jua kawasan di Negara Brunei Darussalam, gambar dan muat naik ke laman sosial ‘Citroen Brunei’ Facebook dan Instagram dengan membuat tag kepada @citroenbrunei dan #CitroenSightingBN.


Dengan memuat naik gambar Citroen dijalanan atau bergambar secara selfie, pemenang akan di hubungi melalui mesej peribadi mereka.

Barisan Citroen DS model memberikan gaya, kemewahan dan futuristic menjadikannya sebagai sebuah kereta unik dari jenama lainnya. Kunjungi bilik pameran Citroen atau hubungi 2450257 untuk keterangan lanjut.