Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, October 29, 2014

Toyota Umum Penarikan Balik 1.75 Juta Kenderaan

Berita dan gambar courtesy dari Media Permata

TOKYO, 15 Okt (AFP) – Toyota hari ini mengarahkan penarikan balik lebih 1.75 juta kenderaan di seluruh dunia akibat masalah brek dan kerosakan lain yang boleh mencetuskan kebakaran.

Pembuat kereta terbesar Jepun berkenaan telah menyatakan tiga masalah bagi beberapa model kenderaan termasuk jenama kenderaan mewah, Lexus.

Antara isu yang dibangkitkan adalah keadaan bahagian brek yang tidak separa yang menyebabkan tekanan brek tidak menentu semasa ditekan – masalah yang membabitkan 802,000 kenderaan, kebanyakannya di Jepun dan China.

“Brek berkenaan tidak rosak tetapi prestasinya mungkin akan mula susut,” Toyota berkata dalam satu kenyataan e-mel.

Isu lain yang turut dinyatakan ialah saluran paip minyak lebih 759,000 kenderaan termasuk beberapa model kenderaan Lexus yang boleh menyebabkan risiko kebakaran jika sekiranya terdapat sumber pencucuhan.

Masalah yang membabitkan 109,000 kenderaan di Jepun berkaitan dengan pam minyak juga menimbulkan risiko kebakaran.

“Toyota tidak mengetahui sebarang kejadian kebakaran, kemalangan, kecederaan atau kematian yang membabitkan masalah berkenaan,” tambah kenyataan dari Toyota.

Pengumuman berkenaan tiba empat bulan selepas Toyota menarik balik 2.27 juta kenderaan akibat masalah beg udara yang gagal berfungsi ketika berlakunya kemalangan.