Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, September 29, 2014

50 Sertai Perlawanan Kereta Tahan Lasak ke-3

Boustead Sendirian Berhad dengan kerjasama Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) telah mengadakan perlumbaan kereta tahan lasak 4x4 piala Suzuki kali ke tiga bertempat di gelanggang perlumbaan tanah lapang di Tanah Jambu semalam.

Pertandingan dua hari itu dirasmikan oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sendirian Berhad, Lim Jin Lee. Turut hadir ialah Penolong Pengurus Perkhidmatan Automobil Suzuki Luar Negara dari Jepun, Encik Tomonori Akaza, kakitangan Boustead Sendirian Berhad, dan peserta pelumba.


Pengerusi jawatankuasa penganjur, Hj. Ahmad Bin Haji Abd Razak, dalam ucapan alu-aluannya berkata, "Objektif perlawanan ini adalah untuk meningkatkan minat pertandingan kereta 4x4 dan menjadi tempat untuk peminat kereta 4x4 untuk bersaing."

Selain itu, beliau juga menekankan bahawa pertandingan tahun ini juga untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu keselamatan di mana semua peserta mesti memakai tali pinggang keledar dan helmet.

Tujuan perlumbaan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan pengurusan dan ahli Boustead Sendirian Berhad dengan ahli-ahli Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei, memantapkan kerjasama diantara satu dengan yang lain melalui aktiviti perlumbaan, mempromosikan produk kenderaan Suzuki khususnya di kalangan masyarakat dan penduduk dipersekitaran, dan untuk memberikan peluang yang terbuka kepada peminat pacuan 4 roda yang ingin beraksi dan memenuhi kehendak citarasa melalui perlumbaan berkenaan.


Kategori-kategori yang dipertandingkan hanya sebanyak 2 kategori sahaja berbanding dengan tahun lalu. Berkurangnya ategori berkenaan adalah disebabkan pada tahun ini PKTLB memperkenalkan "Super Stage" dalam kategori tersebut yang merupakan satu tahap yang lebih mencabar bagi mengharungi halangan dalam perlumbaan. Tujuan perkenalan Super Stage tersebut ialah untuk memberikan laluan, mendedahkan pengalaman baru serta membiasakan diri dalam tahap tersebut bagi tahap pencapaian dalam perlumbaan berkenaan.


Kategori tersebut adalah Kategori Standard iaitu tidak terdapat perubahan pada kenderaan dan Kategori Modified iaitu yang telah di ubah suai mengikut specifikasi.


Pada tahun ini, sejumlah 50 peserta yang turut serta dan terlibat langsung dalam semua kategori yang dipertandingkan. Ini termasuklah 26 peserta dalam Kategori Standard dan 24 peserta dalam Kategori Modified.




Hadiah istimewa untuk rebutan Kategori Open Relay Standard ialah wang tunai sebanyak B$800.00 dan 1 set tayar 33x12.5 R15 Yokohama G001C ditaja oleh YHI Corporation (B) Sdn Bhd untuk tempat pertama, manakala pemenang kedua akan menerima wang tunai sebanyak B$500.00 dan tempat ketiga akan menerima wang tunai B$300.00.


Manakala juara Kategori Open Relay Modified akan menerima piala cabaran bersama wang tunai sebanyak B$1,500.00, piala Cabaran Suzuki dan 1 set tayar 305/70R16 Yokohama G001C tajaan YHI Corporation (B) Sendirian Berhad. Pemenang kedua akan menerima wang tunai sebanyak B$1,000.00 dan tempat ketiga akan menerima wang tunai B$700.00.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Suzuki Challenge Cup ke-3.