Mantuka

Sunday, September 28, 2014

Audi Urban Driving Experience Brunei 2014

TCY Motors selaku pengedar tunggal Audi di Brunei semalam melancarkan Pengalaman Memandu di Bandar Audi selama 3 hari ‘3-day Audi Urban Driving Experience’ (AUDE) berlangsung di kawasan letak kereta ‘Pusing Lagi’ di Jerudong Park.

Acara eksklusif ini adalah tutorial pemanduan keselamatan di jalan raya dan litar dan demonstrasi produk kenderaan melalui latihan dinamik seperti berhenti menggunakan ABS dan aktiviti tempat pertandingan sukan atau Slalom.

Latihan semalam turut memperkenalkan Audi A3 yang telah dilancarkan baru-baru ini juga dimasukkan dalam barisan uji pandu dengan mengenalkan pilihan 5-mode Audi Drive Select yang mengubah tingkah laku pemanduan kenderaan mengikut pilihan kondisi pemanduan.

AUDE bertujuan untuk mendidik pemilik kereta Audi dengan menggunakan latihan pergeraka tangan pada stereng kereta bagi bertindak semasa membuat perhentian secara cemas dalam latihan menggunakan Sistem Anti Kunci Brek (ABS).

Selain itu, latihan Gymkhana atau Slalom mempelajari pengendalian memandu ditahap kelajuan yang tinggi secara selamat dan membantu mendidik peserta mengenai kemampuan cengkaman traction Audi sebagai salah satu simbol sistem pacuan empat roda Quattro berbanding dengan kenderaan tanpa Quattro.


Dua pelatih pemandu Audi berpengalaman Nicholaas Smit dan Richard Sorensen telah diundang dari Afrika Selatan untuk mengendalikan laithan tersebut bagi memastikan latihan keselamatan yang terkawal dan memerhati sambil mengajar para peserta yang kebanyakkannya adalah pemilik kereta jenama Audi.

Pada akhir latihan itu, para peserta turut diberikan sijil tamat latihan yang disampaikan oleh Eksekutif Pemasaran Jenama Audi, John Tan bersama dengan Nicholaas Smit dan Richard Sorensen.

Pihak penganjur akan mengadakan acara seumpama sebagai acara tahunan bagi mengenalkan kepada orang ramai kemahiran kereta-kereta Audi dan sebagai penghargaan kepada pelanggannya.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Audi Urban Driving Experience Brunei 2014.