Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, August 10, 2014

Toyota Vios Menjadi Milik Muhamad Effendy

Muhamad Effendy Bin Yusof yang diwakili oleh isteri beliau, Hirwana@Aminah Binti Mohammed Tahir telah membawa balik hadiah utama iaitu sebuah Toyota Vios (Manual) yang telah berlangsung di Hua Ho Manggis Mall.

Promosi Cabutan Toyota Vios Buy & Win itu dibukakan kepada semua pelanggan Toyota yang membuat pembelian dan pendaftaran kenderaan mereka bermula 1 Jun hingga 27 Julai di mana ia merupakan salah satu cara bagi pihak NBT untuk menyatakan penghargaan di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh mereka terhadap NBT dan Toyota.

Lima pemenang lain telah menerima saguhati dari promosi Toyota Vios Buy & Win Promotion Draw yang berupa baucar servis NBT dimenangi oleh Awang Haji Abdullah bin Haji Aliamin, Awang Ali bin Omar/Umar, Awang Shahrul Ardy bin Zulkarnain, Awang Mohammad Isa bin Kamaludin dan Toh Tieng Yuen.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Jualan NBT (Kuala Belait), Hj Shahrum Bin Hj Md Jaafar. Turut hadiri ialah peserta-peserta acara akhir, ahli keluarga dan pegawai serta kakitangan NBT.

Kesemua cabutan telah disaksikan oleh wakil dari Sheikh Noordin Mohammad Advocates & Solicitor bagi memastikan cabutan tersebut dijalankan secara sempurna dan adil untuk semua.

Menurut Hirwana@Aminah Binti Mohammed Tahir, beliau merasa sangat gembira kerana dapat membawa pulang sebuah lagi kereta Vios untuk keluarga serta menyatakan penghargaan kepada pihak NBT kerana memberikan peluang kepadanya dan juga pelanggan-pelanggan lain untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

Beliau menambah bawaha suaminya membeli sebuah kereta Vios baru pada bulan Julai lalu kerana keluarganya memerlukan sebuah kereta baru dan membuat pilihan untuk mendapatkan Vios itu setelah mendapat sokongan dari keluarga yang menyataan bahawa kereta itu boleh dipercayai.

Menurut Pengurus Pemasaran NBT, Awg Muhammad Clovien Abdullah Timpoh,“Bagi pihak NBT, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang petang ini. Terima kasih kepada semua pelanggan NBT atas sokongan anda pada Toyota Vios dan NBT. Menang Dengan TOYOTA, Menang Dengan NBT."

Di samping itu juga, beliau menambah bahawa pada masa ini, NBT juga mengadakan promosi istimewa di mana pembeli kereta Vios yang membuat pembelian dan pendaftaran bagi kenderaan mereka bermula 1 hingga 31 Ogos berpeluang untuk memenangi hadiah pembayaran ansuran percuma bagi tempoh sehingga 24 bulan.

Pada masa yang sama, NBT juga mempunyai pelbagai tawaran istimewa bagi model-model lain jualan Syarikat berkenaan seperti Fortuner, Innova, Camry, Avanza dan Etios.