Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, August 9, 2014

Hj Sulaiman Abd Rahman Pemenang Utama Promosi Hari Raya KIA

Hanya 50 pelanggan bertuah telah terpilih untuk menyertai pusingan akhir cabutan bertuah dalam promosi pembelian kereta KIA sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah berlangsung di Bilik Pameran Kia, Beribi, Gadong.

Pada cabutan akhir yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2014 bertempat di Bilik Pameran Kia, adalah khas buat pelanggan yang terpilih yang telah membeli kereta Kia dari 1hb Mei 2014 hingga 31 Julai 2014.

Hj Sulaiman Bin Abd Rahman telah memenangi hadiah utama berupa wang tunai B$10,000.00, Alinayati Hj Perudin memenangi tempat kedua berupa wang tunai B$5,000.00, hadiah ketiga berupa wang tunai B$3,000.00 telah dimenangi oleh Hj Amit Bin Hj Omar, dan tempat keempat hingga ke-15 telah berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak B$500.00.



Hadir pada cabutan ini terdiri daripada Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho, Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Hj Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad, Pengurus Jualan KIA, Jacquelin Koh, dan wakil daripada Baiduri Finance Berhad dan BIBD At-Tamwil. Turut hadir selaku saksi cabutan akhir ialah pegawai dan kakitangan KIA, serta pelanggan-pelanggan yang terpilih ke cabutan akhir serta keluarga mereka.

Di samping acara ini juga, Kia, Grand Motors Sdn Bhd juga terus membuat rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk pelanggan-pelanggan yang hadir semalam untuk mengeratkat hubungan silaturahim di antara pelanggan-pelanggan yang setia menyokong Kia dan kakitangan Kia, Grand Motors Sdn Bhd.