Mantuka

Friday, July 4, 2014

Uji Pandu Toyota Etios

Dalam pembelian kereta yang terbaik, ada beberapa faktor utama yang mereka harus utamakan keatas mana-mana model kereta tertentu seperti 'harga terjangkau', 'penjimatan minyak' dan 'boeh dipercaya'. Pembuat kereta membangunkan model mereka di sekitar falsafah ini dan begitu juga dengan model Toyota yang telah memperkanlkan keluaran baru 'Etios'. Dengan sifat pasaran yang sentiasa berubah di mana 'kemampuan' dan 'kecekapan' tidak cukup untuk mengekalkan kepuasan pelanggan, Toyota telah menambahkan beberapa lagi ciri-ciri mewah dalam pembinaan Toyota Etios.

Toyota Etios yang baru dilancarkan dalam bulan Mei merupakan kereta yang praktikal dan mempunyai rupa yang hebat dan bergaya, keselesaan dan kecekapan bahan api yang efisien. Etios adalah salah satu Toyota yang paling berpatutan dan boleh dimiliki oleh orang ramai. Ianya sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda, dan Etios adalah teman kepercayaan anda di mana sahaja anda pergi.

Jika sebuah Etios melintasi anda di jalan raya, ianya mampu menarik pemerhati di bahagian luaran Etios yang dilengkapi dengan lampu indikasi ORVM dan elemen-elemen baru dalam kelompok ekor-lampu. Walaubagaimanapun, dalaman kabin Etios telah menerima kebanyakan barangan dibuat secara berkualiti setentunya sebagai nilai tambah kepada pembeli.

Apabila anda membuka pintu Etios, anda akan terus tertarik pada warna biru papan pemuka (dashboard) plastik pada kereta ini, menjadikannya kelihatan sangat baik. Warna ini lebih sesuai dengan watak konservatif kereta Etios. Model baru didatangkan dengan tempat duduk dikhaskan untuk memberi keselesaan  kepada pemandu dan juga penumpangnya.

Etios dikuasai dengan enjin petrol 1.5 liter dan digabungkan dengan transmisi 5-kelajuan manual. Ianya dibekalkan dengan kuasa 4 silinder yang mampu menghasilkan 66kW pada 5600 rpm dengan tork 132Nm pada 3000 rpm. Ini juga digabungkan dengan kombinasi 16-valve DOHC.

Semasa membuat uji pandu Etios, tahap pemanduan sangat selesa dan mempunyai respon yang sangat baik. Walaupun penukaran gear transmisi manual itu tinggi, ianya sangat mudah dijalankan. Dengan perubahan reka bentuk cermin luar yang lebih aerodinamik itu terbukti memberikan pengendalian yang stabil dan bunyi angin yang kurang semasa membuat perjalanan.

Bahagian dalam Etios mempunyai ruang yang luas boleh memuatkan tiga orang dewasa di belakang dan masih mempunyai ruang untuk pergerakan kaki dan kepala. Ianya juga mempunyai banyak ruang di bahagian hadapan untuk barangan kecil seperti buku, kacamata hitam, kertas peta dan macam-macam lagi.

Persediaan suspension Etios menunjukkan keteguhannya pada permukaan jalan yang tidak rata di sepanjang Happy Star dan Le Doux Pattisserie di Batu Besurat. Tambahan lagi, walaupun stereng tidak begitu tepat dan agak tidak konsisten samasa jalan tidak rata, ianya sangat stabil pada jalan lurus dan selekoh dan anda boleh memandu sepanjang hari di lebuh raya dengan penuh kepercayaan kepada Etios.

Sepanjang perjalanan uji pandu itu, pemanduan menambah sangat selesa seperti berada dirumah dengan adanya penggunaan sistem peralatan muzik 2-DIN serta port USB, Aux-in dan peyambung Bluetooh di dual-tone upholstery dalam Toyota Etios.

Semasa balik ke Bilik Pameran NBT di Gadong, pengendalian Etios transmisi manual menaiki bukit memberikan kawalan yang bagus dan stabil.

Toyota Etios, salah satu keluaran terbaru dari NBT, dengan hiasan dalaman segar dan ciri-ciri yang baik, merupakan satu model yang berpatutan, praktikal, cekap dan dilengkapi dengan tag harga yang menarik.