Dengan slogan
“Zoom-Zoom” jenama kereta Mazda membuktikan sebuah kereta yang mempunyai bentuk
badan sportif, bergaya dan bertaraf tinggi.
Mazda sentiasa
menuju kehadapan untuk memberi apa yang terbaik bagi pelanggannya, apa yang
dimaksudkan itu ialah keyakinan, keselesaan dan perjalanan dengan penuh
kemudahan diberikan didalam sesebuah model Mazda. Tambahan lagi, setiap Mazda
juga dijurutera dengan keselamatan yang proactive bagi memberikan keselamatan
tidak mengira masa.
Oleh itu, Mazda
memperkenalkan model terbarunya ‘CX-9’, sebuah model yang lebih dinamik dan
lebih besar yang kini boleh diperolehi di Negara ini dibawah Syarikat Grand
Motors Sendirian Berhad.
CX-9 sebuah kereta dibawah
Sport Utility Vehicle (SUV) direka
bentuk ke tahap yang baru. Dengan bertemakan ‘KODO – Soul of Motion’, CX-9 tidak akan mengecewakan anda seperti desain
yang cantik, mempunyai rupa bentuk yang elegan berlainan dari model-model yang ada, apatah
lagi teknologi keselamatan yang tinggi dan canggih membuatkan kereta ini
satu-satunya yang mempunyai segalanya.
Dari segi
keselamatan, teknologi terbaru yang diperkenalkan didalam kereta ini
‘i-ACTIVESENSE’ sebagai teknologi keselamatan yang aktif termasuk ‘sistem
amaran perlepasan lorong’ (LDWS), ‘sistem amaran obstruktif di hadapan’ (FOW), sistem
kawalan lampu tinggi (HBC) dan Blind Spot
Monitoring System (BSM). Selain itu, CX-9 dilengkapi dengan Sensor letak
kereta, sistem monitor belakang dan pengubah posisi stering.
Anda tidak akan jemu dengan prestasi kereta
ini, yang mana CX-9 dilengkapi dengan enjin kuasa tinggi 3.7 litre V6 DOHC yang
mampu menyalurkan kuasa torque yang tinggi bagi kereta yang mempunyai enam
kelajuan Activematic transmisi gabungan yang membuatkan kereta tersebut
mempunyai perjalanan yang licin. Jadi pemandu melalui perjalanan bukit-bukau
atau melencong, kereta ini setentunya tidak akan menghampakan pemiliknya seperti
apa yang di uji semasa melalui Jalan Kampong Telanai.
Jika ingin
mengetahui lebih lanjut mengenai kereta Mazda CX-9 ini, anda boleh mengunjungi
bilik pameran mazda syarikat Grand Motors semasa waktu bekerja.