Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, July 1, 2014

Hadiah Utama Toyota Vios menjadi milik Farina

Walaupun hari pertama puasa bermula baru-baru ini, NBT (B) Sdn Bhd meneruskan majlis penyampaian hadiah Toyota Super Shopping Spree Promotion Draw yang telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 29hb Jun 2014.

Farina Binti Haji Mohammad Idris berjaya memilih kunci yang tepat dan menghidupkan kereta Vios sekali gus memenangi promosi Toyota Super Shopping Spree anjuran Syarikat NBT (B) Sdn Bhd yang akhirnya menyaksikan dia memiliki kereta ketiga jenama yang sama.

Farina, seorang kerani di Kementerian Pendidikan berkata, "Saya baru sahaja membeli sebuah Corolla Altis minggu lepas dan tidak percaya saya menang sebuah lagi kereta Toyota Vios. Alhamdulillah, sekarang kami mempunyai tiga buah kereta Toyota".

"Saya membeli sebuah Toyota Altis oleh sebab Toyota Corolla lama saya sangat dipercayai. Selepas 11 tahun memiliki Toyota Corolla itu, baru saya menukar brek baru. Kesemua keluarga dan kawan saya sangat kagum dengan berita ini. Walaupun saya sekarang mempunyai tiga buah Toyota, saya akan terus memiliki Vios ini sebab kereta ini adalah kereta tuah saya," tambah beliau dengan tangisan kegembiraan semasa temu bual bersama pihak Mantuka.

Dengan kemenangan Farina, lima lagi pemenang lain terdiri daripada Pengiran Raffiah binti Pengiran Anak Said, Hajah Noni binti Haji Awang Damit, Juliani binti Damit, Manirat Khureatem dan Haji Ramli bin Haji Safar masing-masing turut membawa pulang hadiah sagu hati yang merupakan Baucer Servis NBT.

Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pelanggan Toyota yang telah membeli dan mendaftarkan kereta mereka dari 1hb hingga 26hb Jun 2014.

Cabutan bertuah dilakukan oleh Pengurus Besar Kanan Jualan NBT (Gadong), Sharifah Marianah dan hadiah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran NBT, Muhammad Clovien Abdullah Timpoh. Turut hadir di majlis tersebut ialah peserta-peserta acara akhir, pengunjung-pengunjung Pesta Pengguna ASEAN ke-14, ahli keluarga dan pegawai serta kakitangan NBT.

Kesemua cabutan telah disaksikan oleh Shiekh Noordin Mohammad Advocates & Solicitor, Awang Mohd Nazlee bin Haji Sabli bagi memastikan cabutan tersebut dijalankan secara sempurna dan adil.

Menurut Muhammad Clovien, "Bagi pihak NBT, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang petang ini. Terima kasih kepada semua pelanggan NBT atas sokongan anda pada Toyota Vios dan NBT. Menang Dengan TOYOTA, Menang Dengan NBT."

Apabila ditanya apakah bilangan maksimum hadiah yang boleh dimenangi oleh pelanggan TOYOTA di bawah promosi ini, Awang Muhammad Clovien menjelaskan, "Seorang pelanggan TOYOTA yang membeli dalam bulan Jun 2014, seperti Farina, akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut, jika dia adalah benar-benar bertuah akan memenangi SATU (1) Instant Reward (Baucer membeli-balah Hua Ho sehingga B$200.00), TIGA (3) Super Shopping Spree, dan DUA (2) buah TOYOTA VIOS (M). Ini akan memberikan pelanggan kami peluang yang maksimum untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa."

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar penyampaian hadiah Toyota Shopping Spree