Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, June 17, 2014

Premier Automobiles menjemput orang ramai untuk menyambut Warisan Ford yang ke 111 tahun pada 22 Jun

Bulan ini, Ford Motor Company akan merayakan sambutan tahunan mereka untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-111. Dengan perayaan ini, Premier Automobiles Sdn Bhd akan menawarkan pelanggan penawaran khusus dan promosi sepanjang bulan.

Dalam sambutan ini nanti, Premier Automobiles akan mengadakan acara menarik iaitu perkumpulan bulan Warisan Ford pada 22 Jun 2014. Semua ahli keluarga akan menikmati berbagai aktiviti seronok seperti bouncer, lukisan muka, pameran kereta, permainan, cabutan bertuah, makanan secara percuma, eskrim dan banyak lagi. Brunei Cosplay juga akan membuat penampilan istimewa sepanjang acara itu. Orang ramai dialu-alukan untuk datang dan ikuti acara gembira ini. Acara akan dimulakan pada pukul 10 pagi.

Promosi istimewa untuk pelanggan dalam bulan ini termasuk pakej 5 tahun jaminan penyelenggaraan kereta, iaitu tambahan 2 tahun dari yang standard 3 tahun jaminan. Ianya merangkumi lebih dari 500 bahagian yang berlainan, dari bahagian enjin, transmisi, elektrikal, teknologi tinggi dan banyak lagi. Pakej ini adalah khas untuk semua model seperti Fiesta, Focus, Figo, Kuga, Mondeo dan juga Focus ST.