Mantuka

Wednesday, June 18, 2014

Jerayawara Lexus Hybrid Synergy Drive di Seria bermula 19 Jun

NBT (B) Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta Lexus di Negara Brunei Darussalam akan mengadakan jerayawara Lexus pada 19 hingga 21 Jun 2014.

Jerayawara ini dikhususkan bagi pelanggan yang ingin membuat uji pandu kereta Lexus Hybrid bertempat di The Coffee Bean & Tea Leaf, Supa Save, Seria bermula 2 petang pada 19hb Jun 2014. NBT mengesyorkan kereta Lexus uji pandu Hydrid ini adalah berbeza  daripada uji pandu kereta biasa.

Lexus Hybrid Synergy Drive adalah gabungan kemewahan, kuasa dan prestasi. Selain membuat uji pandu, anda juga akan nikmati teh dan kopi aromatik serta makanan ringan sebagai pemberian daripada Lexus. Buat tempahan uji pandu sekarang dengan menghubungi ditalian 2448688 atau melayari laman web Lexus Brunei di www.lexus.com.bn.

Tarikh: 19hb hingga 21hb Jun 2014
Tempat: The Coffee Bean & Tea Leaf @ Supa Save, Seria
Jam: 2-6 ptg (19hb Jun) dan 10 pgi - 6 ptg (20-21hb Jun)