Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, June 16, 2014

Awg Ronnie Bin Siabu pemenang utama Toyota Vios Buy & Win Promotion Draw

Pada hari Ahad semalam, NBT (B) Sendirian Berhad telah menjalankan promosi “Toyota Vios Buy & Win Promotion Draw” di Airport Mall, Berakas.

Orang ramai menyaksikan Awg Ronnie Bin Siabu menjadi pemenang utama berkonsepkan dalam permainan yang sama seperti siri pertama iaitu dengan meneka kunci yang disediakan. Awg Ronnie Bin Siabu adalah orang yang pertama untuk memilih kunci antara 6 kunci semuanya and dengan tuah yang menyebelahi beliau telah pun memilih kunci yang betul dan berjaya menghidupkan enjin kereta Vios selaku pemenang utama. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran NBT, Awang Muhammad Clovien Abdullah Timpoh.

Awg Ronnie Bin Siabu bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Rendah Sultan Hashim, Batu Apoi, Temburong tidak percaya bahawa beliau telah memenangi hadiah utama memandangkan beliau tidak pernah memenangi apa-apa sebelum ini. “Terima kasih banyak-banyak NBT untuk memberi saya dan semua pelanggan peluang untuk menang,” tambah beliau.

Manakala  kelima peserta lainnya iaitu Haji Ghazali Bin Haji Mohd Tuah, Hajah Sainah Binti Haji Jumat, Dulamin Bin Haji Mohamad, Awg Negiro Bin Aboi, dan Hajah Faridah Binti Haji Mohamad Jawi turut diberikan hadiah saguhati merupakan boucer Servis NBT yang juga telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran NBT, Awang Muhammad Clovien Abdullah Timpoh.

Kesemua cabutan telah disaksikan oleh Sheikh Noordin Mohammad Advocates & Solicitor, Awang Mohd Nazlee Haji Sabli bagi memastikan cabutan tersebut dijalankan secara sempurna dan adil.

Promosi ini adalah promosi “Toyota Vios Buy & Win Promotion Draw” khas untuk pelanggan NBT yang telah membuat pembelian kereta jenama Toyota Vios dan mendaftarkan kereta tersebut dari 1hb hingga 31hb Mei 2014 akan layak menerima tiket cabutan bertuah untuk memenangi sebuah kereta Toyota Vios transmisi manual.

Promosi ini juga diadakan sebagai penghargaan dan memberi ganjaran kepada pelanggan NBT atas kesetiaan pelanggan atas sokongan NBT dan TOYOTA sejak beberapa tahun.

Dalam Majlis itu turut menyaksikan kereta keluaran terbaru dari NBT (B) Sdn Bhd iaitu Toyota Auris 2014. Kereta hatchback tersebut adalah keluaran yang direka bentuk untuk memberi yang terbaik dan kemudahan untuk pemiliknya. Pemilik Toyota Auris akan mengalami ruang ketahap baru, prestasi dan ciri-ciri yang banyak. Selain dari itu, NBT (B) Sdn Bhd juga mempamerkan barisan lainnya yang terdiri dari Etios, Yaris, Camry dan Vios.