Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, June 6, 2014

Aktiviti Menarik Volkswagen

Volkswagen Brunei hari ini mengadakan aktiviti Hujung Minggu untuk Keluarga di bilik pameran Volkswagen, Beribi dan menjemput orang ramai untuk berseronok dan menikmati aktiviti-aktiviti percuma.

Aktiviti-aktiviti seperti permainan tradisional termasuk permainan Tinting dan permainan Simban. Selain dari itu, terdapat juga aktiviti seperti tatu inai, karikatur dan pondok mengambil foto. Pengunjung juga boleh menikmati pondok popcorn, jagung dalam cawan, ais krim, gulali dan coklat fountain, semuanya adalah percuma untuk acara hujung minggu.

Aktiviti bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Semua orang dialu-alukan untuk datang dan membawa keluarga anda untuk menikmati keseronokan percuma ini dan juga untuk menyaksikan model-model Volkswagen yang ditawarkan.

Model-model seperti Volkswagen Vento yang dianggap sebagai kereta sedan jenama Jerman yang berpatutan, menawarkan sangat lebih daripada sekadar sebuah kereta. Pelanggan yang membeli kereta ini dengan secara otomatik berpeluang untuk mengikuti cabutan bertuah di mana mereka berpeluang untuk memenangi sebuah Beetle. Selain itu, mereka juga akan mendapat LED TV 42 inci, baucar membeli-belah dan juga pakej perkhidmatan 3 kali secara percuma.

Jadi jika anda mempunyai masa yang lapang, datang dan singgah ke bilik pameran Volkswagen untuk mengambil gambar selfie di pondok mengambil foto menggunakan prop yang disediakan sambil menikmati makanan manis secara percuma.

Untuk keterangan lanjut dengan aktiviti terbaru Volkswagen Brunei, ikuti mereka di Instagram (@volkswagenbrunei) dan Facebook.com/volkswagenbrunei.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Maju Motors Sdn Bhd di 2655111.