Mantuka

Hyundai i30N

Monday, June 2, 2014

Cabutan Promosi KIA Piala Dunia FIFA 2014 hari ini



Kia Motors hari ini mengadakan cabutan pemenang promosi Piala Dunia FIFA 2014 melalui cabutan bertuah yang diadakan di bilik pamerannya di Beribi.

Hadir untuk membuat cabutan bagi memilih pemenang ialah wakil dari institusi perbankan di negara ini sambil disaksikan Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho.

Promosi cabutan bertuah Piala Dunia FIFA 2014 ini dibukakan kepada mereka yang membeli kenderaan Kia dan juga yang membuat uji pandu Kia dari Mac hingga Mei 2014 di mana hanya 50 pelanggan Kia telah dipilih untuk ke cabutan akhir yang bakal diadakan pada 6 Jun 2014 di bilik pameran Kia.

Mereka yang terpilih ini akan dihubungi oleh wakil Grand Motors dan nama-nama mereka juga akan diumumkan dalam surat khabar tempatan dalam minggu ini. Pemenang utama dalam cabutan akhir nanti akan memenangi hadiah berupa dua tiket ke Brazil untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014.