Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, May 30, 2014

Pelancaran Suzuki Ertiga



Suzuki Ertiga, sebuah kereta MPV telah diperkenalkan semalam dalam pelancaran khas yang berlangsung di Mall, Gadong.

Pelancaran Suzuki Ertiga telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Boustead Sendirian Berhad, Awang Tan Teck Hock, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil, Irwan Haji Lamit, dan Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Mahlil Haji Mat Salleh.

Ertiga adalah sebuah kereta yang besar dengan ukuran 4265mm dan 2740mm jarak rodamempunyai tujuh tempat duduk sesuai untuk keluarga besar. ruang dalam kereta tersebut mempunyai tiga baris pada konfigurasi tradisional 2x3x2 tempat duduk. 

Setiap baris telah direka untuk disesuaikan dengan keperluan individu untuk komitmen perniagaan atau untuk komitmen hujung minggu bersama keluarga. Susunan tempat duduk yang fleksibel membolehkan pemilik Ertiga untuk mengimbangi penyimpanan bagasi dan ruang untuk penumpangnya.

Suzuki Ertiga dikuasakan oleh enjin K14 VVT dengan 1.4L empat silinder dengan pelbagai valve timing dan 70kW kuasa dan 130Nm tork. Boustead Sdn Bhd menawarkan dua varian Suzuki Ertiga iaitu model GL datang dengan 5 kelajuan Transmisi Manual manakala model GX datang dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Sebagai pembinaan monocoque, Ertiga berkelakuan lebih kurang seperti sebuah sedan daripada MPV. 

Ianya dibina di atas platform lanjutan Suzuki Swift, Ertiga boleh dipandu dengan mudah. Sama ada anda menjalankan manual 5-kelajuan atau 4-kelajuan automatik kotak gear transmisi, anda akan mempunyai pengalaman pemanduan yang mudah dan sesuai di bandar dan lebuh raya.

Sebuah penerbitan automobil utama, BBC Top Gear India telah menganugerahkan Suzuki Ertiga dengan gelaran "Kereta Keluarga Tahun 2012". Dengan konfigurasi tempat duduk 3-baris dalam reka bentuk keseluruhan yang padat, Ertiga juga telah dipilih untuk gelaran yang mewujudkan segmen "MPV Kompak" baru dalam industri automobil.

Boustead Sdn Bhd juga telah menyampaikan Canon Digital Powershot SX600 dan Canon Selphy Printer CP910 kepada dua pelanggan awal membeli kereta tersebut, Kamis Panjang dan Mohamad Sahrol Haddy Bin Haji Awang Moksin.

Pelanggan yang tidak sempat menghadiri tarikh pelancaran sebenar Suzuki Ertiga dijemput melawat pameran 3 hari Boustead Sdn Bhd di The Mall, Gadong bermula dari 30hb Mei hingga 1hb Jun 2014.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran Suzuki Ertiga.