Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, May 1, 2014

Promosi Besar Grand Motors Sdn Bhd


Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad selaku pengedar utama kenderaan Kia di Brunei dan peniaga kedua terbesar di Negara ini, akan menyambut Sambutan Ulang Tahun ke-30 tahun ini dengan pelbagai promosi akan dijalankan untuk pelanggan Kia yang setia.

Bermula hari ini sehingga 31hb Disember 2014, pelanggan yang membuat pembelian kereta Kia akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa dalam promosi ini. Ini termasuk hadiah terbesar iaitu kereta-kereta Kia dan seorang pemenang akan memenangi sebuah rumah baru.

“Ini lah cara kami mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan penaung-penaung diatas sokongan berterusan selama ini dan kesetiaan selama 30 tahun kepada Grand Motors dan jenama Kia,” kata Pengarah Urusan Grand Motors Sendirian Berhad, Frankie Ho.

Beliau menambah, “Kami berharap dengan pemberian semula kepada pelanggan kami, kami boleh menyampaikan mesej bahawa Grand Motors akan sentiasa memberikan kereta terbaik dan perkhidmatan kepada permotoran Brunei di tahun yang akan datang.”

Ini adalah kali pertama jenama otomotif menawarkan semua rumah baru sebagai hadiah utama dalam promosi ini. Selain dari hadiah utama itu, Grand Motors juga memberikan hadiah berupa sebuah kereta Kia F/L Optima 2.4L SX Automatic sebagai pemenang tempat kedua dan Kia Cerato 1.6L SX Automatic Sedan sebagai pemenang ketiga.

Antara lain dalam hadiah cabutan termasuk sebuah computer riba 13-inci Apple MacBook Air bagi pemenang keempat, iPhone 5S bagi pemenang kelima, iPhone 5C bagi pemenang keenam dan iPad Mini untuk pemenang ketujuh.

Dalam promosi ini, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai.

Selain itu, lebih banyak wang ganjaran untuk pelanggan Kia yang membeli kereta Kia dari 1hb Mei hingga 31hb Julai 2014. Promosi Hari raya Grand Motors member 50 pelanggan bertuah yang terpilih untuk berpeluang memenagi hadiah sebanyak B$10,000.

Orang ramai di alu-alukan untuk mengunjungi bilik pameran Kia untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai promosi ini dan mengambil pengalaman perkhidmatan kelas dunia yang telah membawa Grand Motors kepada ketua industri dinegara ini.