Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, April 30, 2014

Acara Hujung Minggu Volkswagen mendapat sambutan

Volkswagen (VW), pengeluar kereta terbesar di Eropah dan salah satu jenama kereta yang paling cepat berkembang di Brunei Darussalam, akan memperkenalkan sebanyak 14 buah model kereta VW akan dijual sepanjang akhir bulan Mei ini nanti.

Model-model Volkswagen tersebut tidak akan diperkenalkan secara serentak, malahan ianya akan dilancarkan sebagai salah satu koleksi mengikut tema yang disediakan sepanjang bulan Mei. Setiap koleksi terdiri daripada 2 atau 3 jenis model dikumpul mengikuti personaliti mereka. 

Mereka yang menggemari penerokaan aktiviti luar akan mencari sesuatu model Volkswagen yang sesuai dengan keperluan mereka dalam koleksi 'pengembaraan', manakala pelanggan yang mempunyai ruang dan praktikal sebagai keutamaan utama mereka akan menghargai kereta dalam koleksi 'keluarga'.

Kumpulan pertama akan dilancarkan pada 2hb Mei ini, dengan empat koleksi yang akan perkenalkan pada setiap hari Jumaat.

"Kami sangat gembira untuk menawarkan pelbagai kereta Volkswagen di Brunei," kata Chan Key Hong, Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong mewakili Volkswagen Brunei Darussalam.

Menurutnya, "Semakin ramai orang di Negara ini sedar akan perbezaan Volkswagen sekarang, dan bagaimana kejuruteraan lanjutan jenama Jerman menuju kepada kelebihan dan kebaikan untuk mereka," katanya. "Dengan keluaran model-model penuh VW yang akan diperkenalkan pada akhir Mei, memang ada sebuah Volkswagen yang sesuai untuk semua orang.”

Untuk memulakan kempen ini, Maju Motors baru-baru ini mengadakan aktiviti-aktiviti keluarga di bilik pameran Maju Motors Sdn Bhd pada 26-27 April lalu.

Aktiviti termasuk melukis muka, sebuah pondok gambar dengan prop menyeronokkan, belon yang akan diberikan secara percuma dan baunser untuk kanak-kanak.

Terdapat juga pertandingan "Guess the Volkswagen", mana-mana peserta yang dapat tekaan 100% tepat akan membawa pulang cenderahati Volkswagen. Di samping itu, semua pelawat yang hadir ke bilik pameran Volkswagen akan disajikan dengan pastri Bakerlyn, ais krim dan gula-gula flos (gulali).

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Acara Hujung Minggu Volkswagen.