Mantuka

Monday, May 19, 2014

Bengkel demonstrasi masakan Perancis di Peugeot

Pelanggan Peugeot hari ini berpeluang untuk mengikut demonstrasi memasak bersama Cef Ling selaku salah seorang pemilik kedai di ‘Ximply Chriz Cafe’ dan Sophie Cuchet salah seorang ahli di Kedutaan Perancis ke Brunei Darussalam yang mengajar membuat kueh Tart Apel dinamakan ‘Tarte Normande’ dan ‘Crème Caramel’.

Cef Ling yang telah menamatkan Sarjana Muda dalam bidang jurusan Psychology dan Pemasaran di Australia, mengejar impian semangat beliau untuk memasak dan telah  berjaya menamatkan Diploma dalam Patisserie di salah sebuah sekolah bernama Le Cordon Bleu di Paris.

Lebih dari 50 pelanggan jemputan kebanyakkannya adalah pemilik kereta Peugeot telah menyertai bengkel memasak tersebut dan diberi peluang untuk mengadakan sesi soal jawab bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai masakan itu.

Disamping itu juga, aktiviti mini quiz juga diadakan menyoal para hadirin tentang makanan Perancis dan model kereta Peugeot. Orang yang menjawab dengan betul diberikan hadiah istimewa daripada Peugeot Brunei.

Menurut Pengurus Jualan, Ritchell Selma, "Bengkel membuat pastri ini bukan sahaja memberi pengetahuan bagaimana cara membuat hidangan masakan perancis bahkan TCY Motors Peugeot ingin memberi pelanggan apa yang terbaik dan menjadikan mereka sebagai ahli keluarga Peugeot.


"Peugeot juga membuat bengkel memasak ini khas untuk ibu-ibu bagi mengingatkan Hari Ibu di bulan Mei" tambah beliau lagi.

Peugeot mempunyai jenama-barangan sendiri daripada butiknya, Peugeot Avenue. Dari pengisar rempah tradisional jenama Peugeot, teknologi tinggi dan pereka produk, serta model ikonik miniatur, anda akan terpesona dengan pelbagai barangan yang dipamerkan di Bilik Pameran Peugeot, Kiarong.

Menurut Pengarah Urusan TCY Motors, Teng Chee Kiong bahawa bengkel ini mengesyorkan nilai-nilai jenama Peugeot yang bermutu tinggi kepada setiap pelanggan dan untuk memberi kesedaran bahawa apabila pelanggan memandu kereta Peugeot, kereta ini bukanlah sebuah kereta biasa, tetapi sebuah kereta Peugeot yang berjenama dan mempunyai keharmonian, kecemerlangan dan emosi.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Bengkel demonstrai masakan Perancis di Peugeot