Mantuka

Monday, May 19, 2014

Maju Motors memperkenalkan koleksi Sportif

Volkswagen Brunei telah menambah kepada mesra pelanggan dan memperkenalkan koleksi keduanya di minggu kedua dalam bulan Mei ini daripada tiga model iaitu Scirocco, Golf GTI dan CC R-Line. Model-model ini dipilih kerana ianya menandakan kehidupan seseorang.

Model Scirocco menawarkan keseronokan memandu, reka bentuk yang menarik, teknologi mewah seperti enjin 1.4 TSI Twincharger dan transmisi 7-kelajuan DSG dual-clutch. Ianya mempunyai enjin turbocharged yang memberikan kuasa setinggi 160 bhp, ruang untuk empat orang dewasa walaupun model ini dalam barisan sportif, dan keselamatannya tahap yang sangat tinggi.

Model yang dipasarkan di Brunei Darussalam mempunyai engine 1.4 TSI Twincharger memberikan kuasa setinggi 160 kuasa kuda dan 240 Newton-meter tork yang memberikan pecutan berprestasi sportif, serta penggunaan bahan api hanya 6.5L/100km.

Scirocco adalah salah satu kereta sport yang paling menarik dari segi harga. Walaupun dengan ciri-ciri standard Scirocco meletakkannya di tahap yang sama dengan kereta coupe yang mahal. Model ini dipadankan dengan 18 inci 'Interlagos' roda aloi, stereng leather, brek handle tempat letak kereta dan shifting lever grip, kerusi sport, sensor hujan, sistem audio 'RCD510' dengan 8 speaker, Program Elektronik Penstabilan (ESP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), enam beg udara dan banyak lagi.
Model ini digabungkan dengan ikon masa depan dan nama yang tidak akan dilupakan: ‘GTI’. Golf GTI dilengkapi dengan enjin petrol 4-silinder, 2.0 liter turbocharged direct injection dan memberikan kuasa sehingga 220 kuasa kuda pada 4,500-6,200rpm serta mampu mencapai tork sehingga 350 Newton-meter pada 1,500-4.400rpm.

Enjin tersebut dipadankan dengan 6-kelajuan kotak gear dual klac (DSG). Golf GTI mencapai nilai penggunaan bahan api serendah 6.6 L/100km (CO2: 153g/km). Penggunaan bahan api rendah dan pelepasan nilai padan dengan prestasi pengendalian Golf GTI. Ia memecut ke 100 km/j dalam 6.5 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 244 km/j.

Generasi ketujuh ikon sport adalah yang pertama bagi Golf GTI untuk melancarkan teknologi standard seperti stereng progresif yang mempunyai prestasi hebat serta pemanduan yang hebat membolehkan anda rasa selesa menyimpan kuasanya di bawah kawalan, memandu pemilih profil, Automatik Post-Collision Braking System dan fungsi canggih XDS+ dinamik kenderaan.

Pembinaan R-Line keatas yang sedia ada pada GT itu adalah dari segi jeriji depan yang mempunyai logo R-line dengan lampu kabus bulat, logo R-Line di bumper depan, logo R-Line di jeriji radiator, lampu LED bagi perjalanan waktu pagi dan roda aloi 18 inci 'Mallory'. Dalamannya pula, R-Line mempunyai pelbagai fungsi stereng bagi melengkapkan rupa sport.

Kuasa model ini datang dari enjin 2.0 TSI Volkswagen dengan memberi kuasa setinggi 210 kuasa kuda (5,300-6,200 rpm) dan 280Nm tork (1,700-5,200 rpm). Dipasang sebagai standard dengan enam kelajuan kotak gear dual klac (DSG), pecutan CC R-Line dari 0-100 km/j hanya dalam 7.3 saat. Pada masa yang sama, penggunaan bahan api adalah sebanyak 7.8 L/100km menjadikannya salah satu kereta yang paling ekonomi di peringkat prestasi ini.

Sesuai dengan statusnya, model ini datang lengkap dengan ciri-ciri terkini. Ini termasuk kerusi sport, 10-speaker Dynaudio sistem hiburan dalam kereta dengan menggunakan kuasa sebanyak 600 Watt, dan Dynamic Chassis Control (DCC) yang terus membezakan kekuatan suspension mengikut keadaan jalan raya. Model ini termasuk Park Assist dengan Rear Assist kamera belakang, sensor Mudah Terbuka untuk mengawal pembukaan dan penutupan bonet belakang dan tabir belakang secara elektrik.

Model sportif Volkswagen - Scirocco, Golf GTI dan CC R-Line - boleh diuji pandu oleh pelanggan di bilik pameran Volkswagen di Jalan Telanai.

Jika anda ingin memenangi hadiah-hadiah dari Volkswagen, ambil lah cabaran dengan menyertai peraduan 'Teka Volkswagen', jika anda mampu menjawab semua dengan betul, Volkswagen akan memberi anda hadiah istimewa.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Aktiviti Hujung Minggu VW: Sportif