Mantuka

Saturday, April 19, 2014

Worldwide Motors Sdn Bhd mempamerkan Kia model KM450

Para jemputan khas dipelawa hari ini untuk menyaksikan lebih dekat kedatangan kenderaan berat pengangkutan baru jenama Kia model KM450 yang dipasarkan oleh Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad.

Kenderaan tersebut yang dipamerkan di bilik pameran Worldwide Motors, Beribi mempamerkan sebuah kenderaan yang mempunyai berat 1 ¼ tan menawarkan ruang yang lebih luas dan kapasiti ruangan yang besar. Ianya boleh membawa muatan berukuran sederhana dan sekumpulan kecil anggota tentera dibawah permukaan yang kasar dan kondisi cuaca yang tidak menentu.

KM450 yang juga dikenali sebagai kenderaan tentera diluar Negara dimuatkan dengan enjin 4 silinder in-line diesel yang disambung kepada transmisi manual 5 kelajuan dan '2-kelajuan transfer case' bagi kelajuan yang mencapai 140 kuasa kuda.