Mantuka

Saturday, April 19, 2014

Audi menampilkan model Audi A3 terbaru


Audi mula melangkah setapak lagi untuk menampilkan model terbaru mereka yang lebih elegan.

Keluaran ‘Audi A3’ yang dinamakan sebagai kereta ringan, cepat dan terus kehadapan bukan sahaja sebagai moto yang direka bahkan kereta kompak premium terbaru dari Audi itu 60 kilogram lebih ringan yang menggunakan teknologi Audi Ultraweight.

Dengan pelancaran A3 Sedan semalam yang dilancarkan oleh Pengarah Urusan TCY Motors Teng Chee Kiong bersama Pengurus Besar Operasi, Sridheevan Sivanantham di Canopi Indera Samudera Empire Hotel & Country Club, Audi telah memasuki pasaran terbesar di segment dunia. Pembinaan  A3 menggunakan teknologi Audi Ultraweight dapat membantu menurunkan berat badan kereta tersebut kepada hanya 1,370 kilogram (3,020.33lb).

Dari segi desain pula, model A3 terbaru ini mempunyai reka bentuk yang licin yang digabungkan dengan penampilan mewah, bergaya dan sportif. Maksud mendalam, kereta tersebut mempunyai penampilan moden, desain licin yang sempurna tidak hairan kereta tersebut juga dicalonkan sebagai Kereta Terbaik Tahun 2014. ianya berukuran 4.46 meter panjang (14.63 kaki), jarak roda 2.637 meter (8.65 kaki). Manakala bahagian bonet belakang mempunyai keluasan 15.01 cu ft) yang boleh dibesarkan lagi dengan melipat tempat duduk bahagian belakang. Audi juga menawarkan lampu depan berteknologi Xenon Plus termasuk lampu LED bagi perjalanan waktu pagi, lampu belakang kereta tersebut juga dimuatkan dengan lampu LED.

Manakala, dibahagian dalam, model terbaru ini mempunyai ruang yang luas, dilengkapi dengan peralatan elektronik yang tidak begitu berbeza dengan model lama A3 walaubagaimanapun tambahan yang dibuat termasuk 5.8inci MMI Monitor, electromechanical parking brake yang terletak di system kawalan MMI Monitor.
 
Model yang dipasarkan dinegara ini mempunyai enjin 1.8 TFSI turbo petrol memberi 180 kuasa kuda dan 250Nm (184.39lb-ft) torque kuasa yang memberikan pecutan yang prestasi sportif berjaya menguasai 7.3 saat untuk mencapai 100km/h dan mampu memecut sehingga 235km/h maksimum kuasa.

Tambahan lagi transmisi S tronic dual-clutch 7 kelajuan tanpa merasa terhenti semasa mengubah gear, teknologi tersebut boleh dikawal dnegan memiliih sama ada menggunakan lever atau paddle di bahagian stereng kereta.

Antara kaedah penting pada Audi A3 Sedan tersebut ialah 5-mode Audi Drive Select yang mana termasuk mode penjimatan dan mode individu. Audi Brake Assist juga sebagai system berperanan untuk membantu menekan brek secara otomatik sebaik saja impak berlaku dari menghalang impak berulang kali kedua.