Empat pelanggan NBT Brunei Sdn Bhd selaku pemenang
cabutan bertuah memenangi pakej pelancongan termasuk tiket penerbangan pulang
balik semasa Majlis Pelancaran Toyota Corolla Altis dan Cabutan Percutian NBT
yang berlangsung pada 4hb April di Mall Gadong.

Disamping itu, enam pemenang bertuah lainnya memenangi hadiah saguhati
berupa barangan produk seperti jam tangan Luminox, Apple ipod & ipad dan
Osim. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Jualan NBT (Gadong),
Sharifah Marianah.
Kesemua cabutan telah disaksikan oleh Sheikh Noordin Mohammad Advocates
& Solicitor, Awang Mohd Nazlee Haji Sabli bagi memastikan cabutan tersebut
dijalankan secara sempurna dan adil.


