Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, April 17, 2014

TCY Motors lancar Peugeot 208 baru

Syarikat TCY Motors Sdn Bhd semalam melancarkan kereta buatan Perancis, Peugeot 208 versi VTi 1.2L sempena Pameran Vibe Le France di Pusat Membeli-belah Times Square.

Pelancaran kereta bajet itu disempurnakan oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama Yang Berhormat Pehin Orang Kata Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar bersama Duta Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jean Yves Berthault.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan TCY Motors Teng Chee Kiong, Pengurus Besar Operasi, Sridheevan Sivanantham dan Pengurus Jualan Ritchell Selma.

Yang Berhormat Pehin dan Tuan Yang Terutama juga menyaksikan lebih dekat lagi ciri-ciri kereta yang pernah memenangi beberapa anugerah di Eropah seperti Supermini Terbaik di UK, Kereta Terbaik Tahunan di Sepanyol dan Auto Europa 2013 di Itali.

Peugeot 208 VTi 1.2L ini lebih menjimatkan dilengkapi dengan tiga jenis silinder yang mengoptimumkan penggunaan minyak dan pengeluaran emisi CO2 yang lebih rendah kepada 25 peratus. Namun meskipun kecil, Peugeot 208 diperbaharui tetap mampu memberikan kuasa pecutan yang lebih baik.

Pameran Vibe Le France itu mempamerkan aspek ekonomi, budaya, sejarah dan kawasan pelancongan menarik. Selain pelancaran Peugeot 208 VTi, aktiviti seperti demonstrasi masakan halal Perancis dan pameran konsep Smart Cities oleh Syarikat Shneider Electric turut diadakan.