Mantuka

Friday, April 18, 2014

Uji Pandu Mazda 3

Mazda 3 2014 menampilkan keluaran terbaru yang direka bentuk dengan bertemakan desain Kodo (Soul of Motion). Mazda 3 terlihat seperti penampilan Mazda 6 terutama sekali dibahagian depan walaubagaimanapun ianya direka khas untuk keseronokan pemanduan yang dilengkapi dengan teknologi Skyactiv.

Keluaran Mazda 3 2014 yang dipasarkan dinegara ini akan memberi impak baik kepada masyarakat Negara, kereta jenerasi ketiga ini adalah sebagai model penting buatan Jepun yang telah berjaya mengutip pendapatan sebanyak 30 peratus jualan unit dari lebih 120 negara secara global.

Mazda 3 jenerasi terbaru ini agak sedikit berlainan dengan model sebelumnya yang mana versi 2014 mempunyai ukuran 2,700mm lebar dari segi jarak roda, iaitu 60mm lebih panjang dari jenerasi sebelumnya.

Walaubagaimanapun, model sedan 10mm pendek dari segi panjang pada 4,580mm. bahagian dalam pula, siling atas Mazda 3 dikurangkan kepada 20mm dan menambah 40mm dibahagian pinggul yang masih memberi keluasan dibahagian persekitaran bahagian kepala. Tambahan lagi, kereta tersebut menawarkan ruang kaki penumpang belakang dilebarkan kepada keluasan 909mm.

Mazda 3 terbaru ini menawarkan enjin petrol Skyactiv-G 1.5liter. enjin tersebut mampu menyalurkan menghasikan puncak 88kW pada 6,000rpm dan 150Nm Torque pada 4,000rpm untuk memberikan sebanyak torque semasa membuat penekanan rev pada waktu yang sama ianya menjimat minyak.

Kereta ini dilengkapi dengan transmisi Skyactive-Drive transaxle automatic enam kelajuan, transmisi yang memberi pilihan kepada pemandu sama ada menggunakan automatic atau secara manual. Apa yang menarik mengenai teknologi kereta ini adalah Rear View Monitor (RVM), teknologi ini mampu memberi amaran awal semasa memandu jika ada kereta menghampiri di sudut badan kereta untuk mengelak dari impak kemalangan atau membantu dibahagian yang susah untuk dilihat.

Bercakap mengenai keselamatan pula, Skyactiv-Body memberi keselamatan penumpang secara agresif yang mana dengan teknologi menyerap tenaga impak kemalangan dari pelbagai arah dan mengurangkan peluang struktur kabin dikompromi. Standard keselamatan lain termasuk dua bag angin untuk pemandu depan dan penumpang, pengurangan kecederaan sandaran kepala depan (whiplash),  anti-lock brakes (ABS), Pengawal Stabiliti Dinamik (DSC), tali pinggang keledar pretensioner with load limiters dan juga tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX.