Mantuka

Hyundai i30N

Tuesday, April 15, 2014

Pengiran Haji Mohammed Jafarouddin membawa balik Toyota Vios baru




Pengiran Haji Mohammed Jafarouddin bin Pengiran Haji Limbang, tidak menyangka akan memeriahkan lagi Majlis Cabutan Utama Toyota Vios (Buy and Win Promo), setelah memenangi hadiah bertuah sebuah kereta Toyota Vios baru.


Sesi cabutan utama promo Toyota Vios dimulakan dengan cabutan pertama oleh Pengurus Jualan cawangan NBT Bunut, Haji Abdul Ghani dan seterusnya mengumumkan tiga pemenang cabutan sesi pertama.

Cabutan utama Toyota Vios promo diteruskan dengan cabutan sesi kedua oleh Pengurus Jualan Kanan, Malai Sharifah Othman juga mencabut seramai tiga pemenang bagi sesi cabutan kedua.

Manakala para peserta yang berjaya memasuki sesi pertama dan kedua cabutan bertuah juga berjaya membawa pulang hadiah sagu hati sumbangan daripada NBT. Mereka ialah Ambrose Bin Linggang, Haji Omar Dani Bin Haji Aluwi, Abdul Hadi Bin Haji Suhaili, Hajah Rohanita Bte Haji Yaakub, dan Duncan Arew Harris

Menurut Pengiran Jafarouddin kereta jenama Toyota serba baharu yang dibelinya telah memberi banyak kesenangan kepada keluarga dan memenangi sebuah Toyota Vios semestinya membuatkan beliau lebih berbangga sebagai seorang pemilik Toyota.