Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, April 25, 2014

Pelancaran Citroen jenama dari Perancis yang dipercayai


Kemasukan Jenama Baru ‘Citroen’ ke pasaran Negara Brunei Darussalam membawa impak besar kepada industri otomotif di Negara ini kerana Citroen memperkenalkan tiga keluaran model terbaru yang menjadi sangat popular di Eropah.  

Citroen sudah lama diiktiraf bagi reka bentuk yang canggih dan kejuruteraan pintar adalah sebahagian daripada Kumpulan PSA, yang merupakan pengeluar Eropah kedua terbesar kereta dan pengeluar utama kenderaan komersil ringan.

Ramai menyangka jenama tersebut pernah berada diNegara ini pada dulu kalanya tetapi tidak semana-mana menghilang tanpa mempunyai sebab tertentu. Dengan pengedar baru ini iaitu Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, Citroen memutuskan untuk kembali dengan memperkenalkan model varian terbarunya yang lebih memuaskan.

Pelancaran Bilik Pameran Citroen, Beribi yang berlangsung hari ini menandakan Syarikat tersebut bersedia untuk membawa model-model terbaik keNegara ini untuk membuktikan apa yang terbaik dan yang dapat ditawarkan oleh kereta buatan Perancis itu.

Pelancaran bilik pameran itu juga diteruskan dengan pelancaran barisan model-model terkini Citroen dan spesifikasi tinggi seperti DS3, DS4 dan DS5 yang disempurnakan oleh Duta Besar France ke Brunei Darussalam, Jean Yves Berthault bersama dengan Pengarah Urusan Citroen Negara Asean, Lionel Bernard Faugeres dan Pengarah Urusan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho.


Citroen DS3 telah mendapat reputasi baik sebagai kereta paling bergaya di atas jalan raya, mendapat beberapa anugerah pengiktirafan, termasuk ‘Car of the Year’ dari Top Gear dan ‘Small Car of the Year’ dari Fifth Gear. Jualan DS3 di Negara Brunei Darussalam diharap akan dapat memberangsangkan hati pelanggan.

Kenderaan dua pintu ini digerakkan oleh enjin 1.6 liter VTi yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan dan berkemampuan menghasilkan 120hp dan 160Nm tork.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan brek anti-kunci (ABS), Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Elektronik (EBA), Program Stabiliti Elektronik (ESP), enam beg udara dan ISOFIX. Dalam ujian perlanggaran Euro NCAP, kenderaan ini diberikan status lima bintang.

Selain itu, pemandu juga boleh menikmati alat bantuan memandu lain seperti ‘Cruise Control’, penghad kelajuan, penyalaan lampu hadapan elektronik, pendingin hawa elektronik dan cermin sisi yang boleh dipanasi dan dilipat.

Bagi modal DS4 dan DS5 pula, memberi merupakan kerita yang cukup bertenaga, ia memberi tenaga yang cukup mantap apabila enjin berkapasiti Citroen 1.6Vti menyalurkan 240/1400 tork dengan kuasa sehingga 120/6000 kuasa maksimum, ini kerana kelebihan kedua buah model berkenaan dilengkapi dengan kuasa turbo. 




Sementara itu, bahagian luar DS3, DS4 dan DS5 menampil gaya “Sleek Style”, dan kereta berkenaan pernah dianugerahkan kereta paling cantik tahunan (Most Beautiful Car of the Year) pada Anugerah Reka Bentuk Auto Bild 2011.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran Citroen.