Mantuka

Tuesday, April 22, 2014

Jerayawara Piala Dunia FIFA 2014 KIA mendapat sambutan baik

Pelbagai barisan model Kia yang kini menjadi popular seperti Optima, Rio, Sorento dan Cerato telah di pamerkan buat kali kedua bersempena Piala Dunia FIFA 2014 KIA yang bermula pada 19hb hingga 20hb April lalu yang telah diadakan di The Mall, Gadong.

Jerayawara Piala Dunia FIFA 2014 KIA menawarkan pelanggannya peluang untuk memenangi penerbangan ke Brazil untuk menonton FIFA 2014 Bola sepak Piala Dunia.

Grand Motors Sdn Bhd telah berjaya menarik pelanggan yang berminat dalam pelbagai kereta dan membuat uji pandu dari berbagai barisan model Kia.

Setelah selesainya Jerayawara tersebut, model Kia Optima menjadi tumpuan ramai dan telah berjaya mendapatkan tempahan bagi model itu. Dalam jerayawara itu, orang ramai bukan sahaja diberi peluang untuk mengikuti uji pandu kereta-kereta jenama Kia, bahkan pelanggan yang telah membuat uji pandu itu akan diberikan Baju-T KIA-FIFA secara percuma dan apa yang menarik lagi berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Tambahan lagi, pelanggan dapat mengongsikan pandangan mereka mengenai model kesukaan mereka dan berkongsi pendapat yang boleh memperbaiki lagi perkhidmatan dan produk dari Grand Motors Sdn Bhd dan KIA untuk kepuasan di masa hadapan.

Kia merupakan penaja utama FIFA 2014 Bola sepak Piala Dunia, yang akan diadakan di Brazil pada musim panas tahun 2014 ini.

Hadiah-hadiah istimewa lainnya seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Samsung Galaxy Camera dan Samsung Galaxy Tab 3 juga boleh dimenangi pada cabutan bertuah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 1hb Mac hingga 31hb Mei itu akan turut berpeluang memenangi hadiah tersebut.