Mantuka

Hyundai i30N

Monday, March 31, 2014

Uji Pandu Toyota Corolla Altis bersama NBT Brunei




Setelah NBT (B) baru-baru ini melancarkan beberapa model terbarunya seperti Toyota Vios dan Prius Hybrid, kini NBT sekali lagi menampilkan model Corolla Altis keluaran Toyota. Reka bentuk yang membawa kepada zaman kemodenan mempunyai wajah hadapan yang lebih dikatakan sempurna dan aerodinamik.




Model ini mempunyai bumper hadapan yang rendah yang dimuatkan dengan fog lamp. Dibahagian sisi kereta Altis baru mempunyai profil garisan panjang lurus yang berjalan dari depan ke belakang, ini menjukkan sebuah kereta yang menandakan kereta jenis keluarga yang moden. Manakala dibahagian belakang, reka bentuk lampu berhenti yang padat dengan perkataan Altis yang lebih besar.

Tambahan lagi, gaya bentuk lampu hadapan lebih menarik dari model Corolla sebelumnya, kereta tersebut dilengkapi dengan lampu LED perjalanan waktu pagi.

Kelebihan Corolla Altis itu dibuktikan dalam sesi uji pandu khas yang dikelolakan oleh kakitangan NBT dan pengamal media tempatan. Sebelum bermula uji pandu pada media diberi keterangan dan panduan cara-cara pemanduan secara pertahanan dan teknik memandu perlumbaan menggunakan kereta itu.

Medan uji pandu ialah Taman Permainan Jerudong kerana dipercayai ia sangat sesuai untuk beberapa pemanduan praktikal dan mempunyai kawasan yang luas untuk menguji pemanduan mengikut obstacle yang disediakan sama ada dalam pemanduan santai dan kecemasa.

Kakitangan NBT dan media mengalami sendiri kemuncak adrenalin dalam pemanduan seumpamanya termasuklah mengelak dari terkena kon yang disediakan semasa membuat pusingan mendadak pada kelajuan di tahap maksima. Dalam pemanduan itu pihak pemandu juga diberi cabaran untuk memecut ketahap maksima sehingga 140bhp dan berhenti secara mengejut bagi memberikan pengalaman kecemasaran berhenti dengan bantuan Anti Braking System (ABS).

Bagi kereta Toyota Corolla Altis, uji pandu itu tidak menjadi masalah kerana ia menggunakan sistem pemanduan FR. Altis mempunyai badan yang ringan dan senang untuk dikawal menjadikan ianya sebuah kereta menyajikan kepada kereta yang beresponsif dan keselamatan pemanduan yang sangat terjaga.

Di bahagian ruang dalam kereta tersebut mempunyai kedap bunyi yang baik walaupun memandu pada kelajuan yang sangat tinggi sekali gus memberikan bunyi yang senyap dibahagian dalam, semasa merentasi perjalanan berlupak atau hump membuktikan pemanduan jelas merasakan tiada impak dari gegaran absorber jenama Mcpherson Strut dengan torsion beam setentunya memberi kan keselesaan kepada pemandu dan penumpang.



Ini adalah disebabkan teknologi terkini enjin 1.8 4 silinder in-line 16 Valve DOHC dengan VVT-i Timing Valve yang dipertingkatkan dari enjin model sebelumnya. Ini membolehkan Corolla Altis memberikan performance sepenuhnya dari julat rendah ke pertengahan dan juga penjimatan minyak kepada 14.9Km/L. ini bermakna 13 peratus  lebih kuasa, 16 peratus penjimatan minyak yang lebih baik dengan pengurangan emisi Co2.

Bagi pandangan saya, Corolla Altis agak sedikit sempit dibahagian pemandu walaubagaimanapun masalah tersebut boleh diubahsuai dengan membuat adjust kerusi pemandu. Bahagian belakang pula tidak menjadi masalah ruangnya agak luas. 

Sistem keselamatan diutamakan dari segi sistem Anti Brake ABS-EBD, Sistem Pengawal Traction (TRC), Pengawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Sistem keselamatan beg angin (SRS), badan struktur yang keras bagi keselamatan penumpang yang dipanggil (GOA).

Antara ciri-ciri keselamatan lain seperti pengunduran sensor (reverse), system keselamatan kawalan jauh, tempat duduk bagi keselamatan kanak-kanak dibahagian enumpang belakang yang diiktiraf oleh ISOFIX.