Mantuka

Saturday, March 29, 2014

Peluang Uji Pandu Colorado


Berikutan pelancaran Chevrolet Colorado baru-baru ini, GHK Motors memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat uji pandu Colorado bersama dengan Trailblazer di litar yang mempunyai permukaan tidak rata di Tanah Jambu, Salambigar. GHK Motors dengan gabungan Persatuan Gabungan Berwawasan 4X4 Daerah.

Uji pandu selama dua hari itu bermula hari ini hingga esok 30hb Mac pada jam 9.30 pagi hingga 5 petang dan pelanggan yang telah mendaftarkan diri akan layak memasuki cabutan bertuah dan juga jamuan ringan. Dengan adanya uji pandu ini, para peminat kereta jenis 4 Wheel Drive (4WD) akan menikmati pemanduan hebat dan menyegarkan sepanjang hari.

Dengan sejarah 100 tahun pengalaman dalam industri pembinaan trak, kereta tahan lasak ini mampu menerokai dimana jua perjalanan atau rintangan termasuk kecemasan yang boleh di penuhi.

Ciri-ciri kereta tersebut dimuatkan dengan 2.8-liter Duramax enjin Diesel dengan 4 silinder dan 16 Valve yang menyalurkan 193 kuasa kuda dan 500Nm tork pada 2,000 rpm. Manakala bagi model 2.5 liter menyalurkan 161 kuasa kuda dan 380Nm tork pada 2,000 rpm.

Kereta ini dikira sebagai kereta berprestasi tinggi, dengan system penjimatan minyak, dilengkapi Variable Geometry Turbo dan Intercooler untuk meningkatkan prestasi tork dalam penekanan rendah. Colorado turut dimuatkan dengan punat 4WD mode yang boleh ditukar dari 2WD kepada 4WD Hi dan 4WD Lo.

Keselamatan adalah kunci utama dalam pengeluaran kereta jenama Chevrolet, struktur badan keselamatan yang kuat dan chassis besar menawarkan perlindungan disetiap perjalanan pada setiap hari.

Dalam versi Colorado yang dipasarkan dinegara ini, anda boleh menikmati ciri-ciri keselamatan lain seperti frem badan yang keras, Pengawal Stabiliti Elektric, Hydraulic Brake Assist dan ABD+EBD. Baru-baru ini juga Colorado dianugerahkan sebgaai ‘Trak Pickup Terbaik dibawah 3200cc’ oleh Bangkok International Motor Show 2013, disamping itu ianya juga dipilih sebagai Kereta Pickup Terbaik 2013 oleh Kumpulan Penyelidik Frost dan Sullivan.

Tambahan lainnya termasuk, lampu hadapan dan belakang LED waktu pagi, lampu Fog, 17 inci Alloy Wheel bagi model LTZ, Crusie Control, Pengawal Audio Steering, 6 kelajuan automatic dengan mode Manual dan disediakan dengan kerusi leather.

10 pelanggan pertama yang membeli Colorado tersebut akan menerima ‘Kulit Keras Sport’ khas untuk Colorado Sport Hard Cover secara percuma.