Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, March 29, 2014

Kunjungi Jerayawara Piala Dunia 2014 FIFA - KIA





Orang ramai berpusu-pusu memasuki ruang lobi Pusat membeli-belah Mall Time Square untuk menyaksikan dan menyertai Sambutan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Grand Motors Sdn Bhd.



Jerayawara yang bermula hari ini sehingga 30hb Mac nanti menyediakan pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi keseronokan orang ramai. Aktiviti seperti permainan ‘Kia Speed Kicker’ turut diadakan yang mana para peserta diberi peluang untuk menendang bola kedalam palang gol dan periksa sukatan kelajuan bola tersebut. 

Kemudiannya kelajuan itu akan di pamerkan di Skrin LED, untuk menilai penendang yang mempunyai mata tertinggi akan memnerima hadiah berupa Mousepad Piala Dunia FIFA edisi terhad.



Bersempena dengan jerayawara ini, orang ramai diberi peluang untuk membuat uji pandu kereta-kereta Kia yang akan diadakan pada 30hb Mac nanti di Kompleks Sukan Berakas. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama maskot Piala Dunia FIFA 2014, Fuleco The Armadillo.

Kepada pelanggan yang menyertai uji pandu pada 30hb Mac ini nanti akan diberi Baju-T KIA-FIFA original secara percuma dan tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung di Brazil dan hadiah istimewa lainnya seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Samsung Galaxy Camera and Samsung Galaxy Tab 3. 



Pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 1hb Mac hingga 31hb mei itu akan turut berpeluang memenangi hadiah tersebut.

Kia juga akan jerayawara pameran dari bulan Mac hingga Mei ini nanti. Peminat Kia boleh menyaksikan kereta-kereta Kia kegemaran mereka dan juga memenangi cenderamata eksklusif FIFA-KIA.