Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, March 25, 2014

Jerayawara Piala Dunia FIFA 2014 KIA bermula 28hb Mac



Bersempena dengan Sambutan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta Kia di Brunei Darussalam telah menyediakan jerayawara hebat pada 28 hingga 30hb Mac ini nanti.

Jerayawara akan berlangsung di Mall Time Square dan uji pandu diadakan pada 30hb Mac 2014 di Kompleks Sukan Berakas. 


Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi keseronokan orang ramai. Aktiviti seperti permianan ‘Kia Speed Kicker' yang mana para peserta akan menendang bola kedalam palang gol dan kelajuan akan disukat dan di pamerkan di Skrin LED. Kepada peserta yang berjaya mencapai mata tertinggi akan menerima Mousepad Piala Dunia FIFA edisi terhad.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama mascot Piala Dunia FIFA 2014, Fuleco The Armadillo.

Kia juga akan mengelolakan pelancongan dari bulan Mac hingga Mei ini nanti. Peminat Kia boleh menyaksikan kereta-kereta Kia kegemaran mereka dan juga memenangi cenderamata eksklusif FIFA-KIA. 

Kepada pelanggan yang menyertai uji pandu pada 30hb Mac ini nanti akan diberi Baju-T KIA-FIFA original secara percuma dan tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi tiket penerbangan untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung di Brazil dan hadiah istimewa lainnya seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Samsung Galaxy Camera and Samsung Galaxy Tab 3. 

Pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 1hb Mac hingga 31hb mei itu akan turut berpeluang memenangi hadiah tersebut.