Mantuka

Saturday, February 22, 2014

Perjalanan pengembaraan tidak menjadi masalah dengan Trailblazer




 

Chevrolet ‘Trailblazer’, sebuah SUV yang direka bentuk sempurna menumpukan kepada kekuatan, kecantikan dan dijamin kepada keseronokan dalam pemanduan pengembaraan dan diluar permukaan yang tidak rata.

Trailblazer sebuah kereta yang mesti didapati kereta ianya mempunyai bentuk badan yang besar seperti sebuah kereta tahan lasak dengan ciri-ciri SUV berprestij tinggi. Trailblazer dilengkapi dengan lampu depan dan belakang LED, lampu fog, sensor undur dan tayar alloy berukuran 18 inci yang tidak dapat ditandingi oleh jenis SUV lainnya.

 
Seperti yang dikatakan, Chevrolet Trailblazer tidak akan memberi sesalan kepada pemiliknya,  kerana ianya dimuatkan dengan enjin berkuasa tinggi iaitu 2.8 litre diesel 4 silinder dan 16 bal  yang mampu menyalurkan sekuat 178 kuasa kuda dan 470 nm tork pada 2,000 rpm. Walaupun kereta yang dinamakan mempunyai kekuatan yang sangat hebat setelah dilengkapi lagi dengan Variable Geometry Turbo, tetapi Trailblazer mempunyai sistem penjimatan minyak.


Menaiki bukit-bukau tidak menjadi masalah dengan adanya punat mode 4WD. Punat tersebut boleh ditukar dari 2WD kepada 4WD Hi dan 4WD Lo. Untuk memberi kuasa lebih dalam menaiki sebarang bukit-bukau mengikut permukaan jalan.

Bercakap mengenai keselamatan, seperti yang disebutkan tadi, Trailblazer dianugerahkan dengan kelas keselamatan Euro NCAP 5-bintang. Disamping itu, kereta tersebut memenangi beberapa anugerah dari majalah kereta antarabangsa ini termasuk anugerah  sebagai 12 buah kereta terbaik tahun 2013 dan pemenang majalah SUV/Crossover Leisure Wheel Magazine 2013’.

Antara lainnya, Trailblazer mempunyai frem besi yang keras khas untuk menjaga keselamatan pemandu dan penumpang semasa kemalangan, bag angin dibahagian pemandu dan penumpang, pengawal kestabilan elektrik, pengawal perjalanan bukit dan Anti Brake System (ABS).