Mantuka

Saturday, February 22, 2014

Mazda Biante di pasaran Brunei







Kehadiran Mazda Biante Skyactiv yang diedarkan oleh Grand Motors Sdn Bhd ke pasaran Brunei memberi tambahan pilihan pelanggan mengikut kesesuaian mereka memiliki kereta berprestij yang ditawarkan oleh jenama Mazda. 


Walaupun Mazda Biante sudah lama diperkenalkan di negara Jepun dan negara-negara Asian lainnya tetapi pasaran kereta jenis MPV seperti Biante setentunya diminati di negara ini terutama pemandu yang mempunyai keluarga yang besar.



Semasa pihak media menyaksikan lebih dekat akan kehebatan kereta tersebut, Mazda Biante yang dilengkapi dengan teknologi Skyactiv dibekali dengan enjin 1.997 cc, Direct Injection Spark Ignition (DISI) 4-silinder, DOHC, 16 valve. Dengan Kompresion ratio 12.0:1 memberi kuasa maksimum kepada 151 PS  pada 6000 rpm dan torsi 190 Nm pada 4100 rpm.


Seperti dijangkakan Biante Skyactiv memiliki transmisi automatik 6 kelajuan. Mazda melengkapinya dengan sistem i-Stop yang dapat mematikan enjin kereta semasa berhenti  dalam beberapa detik untuk mengjimatkan penggunaan minyak.


Tambahan lagi, Biante Skyactiv dikuasakan oleh 4W Antilock Brake sistem (ABS), EBD, Emergency Brake System (EBS), Dynamic Stability Control (DSC), Traction Control System (TCS), Hill Launch Assist (HLA) bagi menahan kendaraan saat berhenti ditanjakan, apa yang menarik mengenai keselamatan kereta ini ialah ‘Speed Sensitive Power Door Locks’ yang mana ianya mengunci kenderaan secara automatic ketika kenderaan mula bergerak yang aktif pada kecepatan 20km/ jam.



Pada bahagian tempat duduk tersedia tiga jenis pengaturan yang dapat disesuaikan dengan pengguna. Tiga mode tersebut Living Mode, Semi-Living Mode, dan Occupants + Rear Luggage Mode pengaturan yang menyediakan bagasi luas tanpa harus meliat kursi.


Kerusinya direka supaya mudah dilipat untuk memberi lebih ruang kargo. Bukan itu sahaja, kedudukan tempat duduk baris kedua dan ketiga adalah lebih tinggi berbanding tempat duduk hadapan. Sementara pintu sis belakang dikuasakan elektrik pada kedua-dua belah sisi kenderaan untuk memudahkan urusan keluar dan masuk.


Sebagai sebuah MPV, ruang kabin Biante direka agar luas dan praktikal. Boleh menempatkan tujuh penumpang dengan selesa, Biante mengetengahkan rekaan dalaman yang moden.



Walauabagaimanapun, apa yang saya tidak gemar mengenai dalaman kereta warna keputihan pada keseluruhan ruang kabin termasuklah fabrik tempat duduk. Ini sememangnya nampak cantik dan luas, tetapi ia juga sangat mudah kotor.

 Untuk sistem audio dan interior tidak ada perbezaan dengan model Mazda lainnya, hanya saja ada penambahan 6.1 display sesentuh dengan LED backlighting yang dapat dioperasikan melalui tombol audio pada roda kendali, double DIN, 24-bit digital-to-analog-converter, built-in bluetooth untuk hands-free phone dan audio streaming.