GHK Motors Sendirian Berhad baru-baru ini dengan rasminya
memperkenalkan model kerita jepun terbaru iaitu Mitsubishi Delica D5, sebuah
kerita MPV yang sudah terkenal dari sejak pengeluaran model Delica yang
pertama.
Mitsubishi Delica ini adalah merupakan reka
bentuk yang digabungkan dengan MPV dan SUV, Namun watak SUV masih boleh dilihat
dengan adanya skid plat di bumper depan dan belakang, serta electronically
controlled 4WD system yang membolehkan pemandu memilih tiga mode: 2WD, 4WD
Auto, dan 4WD Lock. Pemandu boleh memindahkan sistem gerak ketika di bawah 100
km / jam (shift-on-the-fly).
Secara keseluruhan prestasi memang terasa
sebuah MPV. Kemudahan yang tercipta di dalam kabin membuat penumpang terasa
nyaman. King and Queen Seat yang berada di baris kedua sangat selesa.
Prestasi enjin Mitsubishi Delica juga cukup
memuaskan bagi kerita berbadan besar.
Tarikannya oke. Berbekal enjin petrol 2.000 cc, MIVEC, Mitsubishi Delica
mampu memecut cepat meskipun penuh dengan penumpang. Transmisi INVECS-III CVT
dilengkapi paddle shift membuat pemandu terasa seperti membawa kerita sport.
Dari segi kenyamanan, Mitsubishi Delica D5 memberikan kesemuanya, seperti
penyaman udara disediakan di seluruh kerita, ruangan yang cukup luas dan
banyak.
GHK Motors Sdn Bhd, menyediakan lima warna berbeza, antara Dark Grey (two
Tone Colour Scheme) Silver, White, Grey dan Black. Antar sistem yang tersedia
ialah Magnesium Paddle Sifters, Reverse Camera, SRS Dual-Airbags System with
knee Airbag for Driver, Kawalan Skrin Sentuh, Cruise Control Steering Wheel.
Tidak ketinggalan juga, GHK Motors juga akan membawa masuk, versi terbaru
Delica D5 Roadest. Di mana kerita ini lebih nampak sport dan elegan dan reka
bentuk yang lebih bergaya.