Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, June 16, 2013

Pelancaran Worldwide Motors

Worldwide Motor Sendirian Berhad sekarang menjafi ahli syarikat kumpulan Goh Hock Kee (GHK) dan telah dilancarkan  pembukaan rasmi bilik pameran terbarunya hari ini yang disempurnakan oleh Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama, Kenichi Suganuma.
Turut hadir bagi sama-sama menyempurnakan pelancaran bilik pameran Jualan, Perkhidmatan dan Peralatan (3S) Worldwide Motors ialah Pengarah Urusan Hino, Nobuyuki Tanaka, Pengarah Worldwide Motors Sdn Bhd, Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad, dan Pengarah Urusan GHK Motors, Sdn Bhd Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.
Bilik pameran Worldwide Motor akan dijalankan dibawah pengurusan terbaru yang mengedarkan jenama kereta Geely dan ZX Auto. Bersempena dengan pembukaan rasmi, Worldwide Motor juga merasmikan pelancaran jenama Hino dalam tambahan barisan produk syarikat itu.
Bilik pameran terbaru itu akan melayan orang ramai dengan lebih baik dengan bangunan yang dinaiktaraf dan fasiliti yang lebih lengkap berkonsepkan 3S (Service, Spare Parts dan Sales).
Hino Motors LTD Jepun telah di ditubuhkan pada tahun 1910 dan ianya sebagai pengilang kenderaan bermotor tertua di jepun. Hino juga sebagai pengilang kenderaan jenis sederhana dan trak diesel tugas berat (heavy-duty) di Jepun, telah men-expot lebih dari 140 negara diseluruh dunia.
Hino boleh didapati dalam 300 series (kenderaan komersial ringan), 500 Series (kenderaan komerisal tahap sederhana), dan 700 series (kenderaan komerisal berat). Jenama Hino mementingkan aspek kepada keselamatan, prestasi, keselsaan, kualiti, teknologi, reka bentuk dan kesenangan.
Peniaga dan orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi bilik pameran Pusat 3S Worldwide Motor semasa waktu bekerja atau menghubungi 2424178 atau 2453682 untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.