Mantuka

Saturday, June 15, 2013

'KODO' Mazda 6 Dilancarkan

Syarikat Grand Motors Sdn Bhd semalam mencatat sejarah baru setelah Berjaya melancarkan bilik pameran Mazda terbarunya yang lebih besar dan teratur. Pelancaran dengan memotong ribbon pemdukaan rasmi itu telah disempurnakan oleh Kaunselor Kedutaan Jepun Ke Brunei Darussalam, Sheisuke Shimizu bersama dengan Pengerusi Grand Motors Sdn Bhd, Teng Ching Ying.

Pembukaan rasmi bilik pameran terbaru itu diselajurkan dengan pelancaran kereta terbaru Mazda 6. Sebelum pelancaran tetamu kehormat diberi pengenalan video Mazda 6 dan pemain muzik violin diikuti dengan pelancaran rasmi. 

Mazda 6 terbaru dengan tema ‘KODO – Soul of Motion’ menyaksikan perubahan sepenuhnya terhadap bentuk badan kereta tersebut.

Dengan tema ini, Mazda menumpukan kepada tiga konsep kunci utama menjurus kepada rekaan KODO iaitu kelajuan, ketegangan dan tarikan. Sudah setentunya kereta tersebut akan menggoda ramai pembeli kereta yang mempunyai pelbagai ciri-ciri terbaru mengikut pertukaran zaman dan dengan harga yang berkemampuan.

Mazda 6 Sedan terbaru ini mengunsurkan kepada bentuk sportif, elegan dan mewah, generasi terbaru Mazda 6 dilengkapi dengan teknologi Skyactiv sebagai teknologi moden yang lebih efisien dalam industri permotoran.

Penampilan wajah dibahagian depan Mazda 6 baru ini meliputi ciri-ciri wajah ikan jerung, memang sesuai dengan menampilkan kepada pemiliknya yang menginginkan kepada kemewahan, buas dan dinamik. Sementara itu untuk sektor interiornya, terdapat desain plastik dengan sentuhan halus yang memukau pemilik Mazda 6 yang cantik dan lebih luas berbanding model sebelumnya. Selain itu juga terdapat punat tempat duduk pemandu yang mampu diatur hingga lapan cara. Untuk punat penumpang belakang akan mendapatkan ruang kaki dan lutut yang lega. Mazda 6 juga  antara lain disediakan dengan 11 speaker Bose, penghubung Bluetooth, dan USB/iPod untuk mendengarkan musik.

Berdasarkan maklumat yang dijelaskan oleh ahli Syarikat Grand Motors Sdn Bhd jenerasi terbaru  ini akan menggunakan sistem Skyactiv dengan enjin Skyactiv-G 2.0 In-Line 4-silinder DOHC, 16 valve yang mampu menghasilkan tenaga 114kW kapasiti 4,000 rpm dan 138kW kapasiti 5,700 rpm bagi versi Skyactiv-G 2.5. Tambahan lagi dengan kombinasikan transmisi SKYACTIV-Drive disediakan dengan 6 kelajuan memberikan penukaran gear yang halus, cepat semasa memandu.


Mazda 6 terbaru ini, juga dimuatkan dengan sistem i-stop yang akan mati secara otomatik dalam kondisi idle. Apa yang menarik lagi, kereta tersebut mampu memberi isyarat bunyi semasa memandu ketika lari dari garisan hala tuju jalan raya bagi menyedarkan pemandu tersebut. Salah satu tambahan keselamatan lagi ialah kereta tersebut juga mampu berhenti secara otomatik jika pemandu terlalu dekat dengan kereta dihadapan, sistem ini dipanggil I-activsense boleh didapati dalam versi 2.0 atau 2.5.