Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, June 14, 2013

GHK Motors Tawar Promosi Mega

Syarikat Goh Hock Kee Motors telah menganjurkan Promosi Cabutan Bertuah “Beli Satu & Menang Satu”.

Menurut jurucakap Goh Hock Kee Motors, promosi tersebut adalah yang terbesar dianjurkan oleh syarikat tersebut apabila mereka turut sama dengan trend semasa untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya.

Orang ramai hanya perlu membeli kereta jenama Mitsubishi atau Daihatsu di Goh Hock Kee Motors bermula dari 1 Jun 2013 hingga 31 Januari 2014 dan secara automatik tersenarai ke dalam undian untuk berpeluang memenangi hadiah utama Mitsubishi Triton (Manual) dan pemenang kedua cabutan bertuah pula boleh memenangi Daihatsu Sirion (Automatik) yang keseluruhannya bernilai lebih $60,000.


Di samping itu, 10 pemenang bertuah juga akan membawa balik hadiah-hadiah istimewa seperti iPhone 5, Samsung Smartphone, iPad, Samsung LCD TV dan enam pemenang baucar wang tunai. Cabutan akan diadakan pada 14 Februari 2014 bertempat di Bilik Pameran Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Beribi pada jam 9 pagi.