Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, May 9, 2013

Perlumbaan Kereta Tahan Lasak Piala Suzuki Kali Ke-2


Setelah berjayanya mengadakan Perlumbaan Kereta Tahan Lasak Piala Suzuki tahun lepas, Boustead Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Gabungan Berwawasan 4x4 Daerah (PGB4) sekali lagi mengadakan Perlumbaan Kereta Tahan Lasak Piala Suzuki buat kali kedua yang akan dijalankan selama dua hari bermula dari 22hb dan 23hb Jun nanti.

Menurut Pengerusi Perlumbaan Piala Suzuki 2013, Haji Ahmad bin Haji Abdul Razak menerangkan pada sidang media hari ini bahawa, Perlumbaan kali ini hanya dibukakan kepada warga tempatan yang mempunyai kereta pacuan empat roda berjenama Suzuki sahaja. Perlumbaan akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu “Open Relay Standard”, “Open Relay Modified” (ubahsuai), dan “Team Relay” iaitu secara berpasukan.

Beliau juga menerangkan bahawa, acara ini bukan sahaja untuk menggalakkan imej jenama Suzuki kepada para pelanggannya tetapi juga untuk meningkatkan hubungan diantara Boustead Sdn Bhd sebagai peniaga dengan Persatuan Gabungan Berwawasan 4x4 Daerah.

“Tambahan lagi, acara ini memberi kesedaran kepada pelanggan akan acara kereta pacuan empat roda adalah sebagai salah satu acara menyeronokkan dan sukan ekstrem yang popular di Negara Brunei Darussalam”, beliau berkata demikian.

Borang penyertaan boleh diperolehi di Bilik Pameran Suzuki, Boustead Sdn Bhd. Walaubagaimanapun, yuran penyertaan bagi kategori “Open Relay Standard” adalah sebanyak B$30.00 sahaja. Manakala “Open Relay Modified” (ubahsuai) adalah sebanyak B$45.00 sahaja dan “Team Relay” adalah sebanyak B$100.00 sahaja. Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke Boustead Sdn Bhd sebelum 30hb Mei 2013. Jika borang dihantar selepas 30hb Mei 2013, peserta tersebut akan dikenakan pembayaran tambahan B$10.00 bagi memproses borang yang lambat.

Hadiah bagi kategori “Open Relay Standard”, juara akan menerima B$800.00, ditempat kedua akan menerima B$500.00 dan tempat ketiga akan menerima B$300.00. Bagi kategori seterusnya iaitu “Open Relay Modified” (ubahsuai), juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak B$1,500 beserta piala cabaran Suzuki, manakala ditempat kedua akan menerima B$1,000.00 dan ditempat ketiga akan menerima B$700.00. Sementara itu dalam kategori “Team Relay”, juara akan menerima wang tunai B$1,800.00, diikuti ditempat kedua sebanyak B$1,200.00, dan ditempat ketiga akan menerima B$900.00.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 23hb Jun 2013 pada waktu petang yang mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai. Disamping itu juga, kereta Suzuki Jimny MY13 akan dipamerkan semasa acara dijalankan selama dua hari itu.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai yang ingin menyertai perlumbaan tersebut bolehlah menghubungi komiti iaitu Shahfehi bin Shahbudin (PGB4) +6738892419, Arman bin Haji Ahad (PGB4) +6738118218, Haji Jumat bin Haji Taha (PGB4) +6738712200, atau Julia Farhanah binti Haji Mohd Yusof (Boustead Sdn Bhd) +6732453162 ext 512.