Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, May 10, 2013

Chevrolet Sonic dilancarkan

 
 
Kereta Sportif yang dipanggil sebagai ‘Sonic’ Keluaran Chevrolet pagi tadi telah berjaya dilancarkan oleh syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd bertempat di Bilik Pameran Chevrolet di Sumbangsih Bahagia, Beribi. 


Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, Pengiran Dato Shariffudin dan Naib Presiden Jualan & Pasaran ASEAN General Motors Thailand, Gustavo D Colossi selaku undangan khas.


Tetamu kehormat juga turut menyaksikan lebih dekat kereta Chevrolet Sonic terbaru bersama dengan para jemputan yang berada di bilik pameran tersebut. 


Chevrolet Sonic boleh didapati dengan dua jenis versi iaitu Sedan dan hatchback, Sonic dimuatkan dengan 1.4 silinder In-Line DOHC 16 Valve Timing Chain dan sebesar 45.8 liter kapasiti penyimpanan minyak. Walaubagaiamanapun, Sonic mempuntyai keunikan tersendiri yang mana dimuatkan dengan 6 kelajuan bagi transmisi otomatik dan 5 kelajuan bagi transmisi manual.



Dibahagian dibahagian luar, perubahan dibahagian depan mempunyai bentuk dinamik dan lampu yang tidak berkaca dipanggil Halogen Multi Reflector untuk  menampilkan gaya kemewahan dan juga menarik perhatian ramai”.



Manakala, bahagian dalam mempunyai ruang muatan luas dibahagian depan memberi keselesaan kepada pemandu. Sistem keselamatan diutamakan dari segi sistem Anti Brake (ABS) dan Sistem keselamatan bag angin. Chevrolet Sonic juga dianugerahkan 5-bintang dari Pentadbiran Keselamatan Lalulintas Lebuhraya kebangsaan (NHTSA) dan juga anugerah  5-bintang  dari program Penilaian kereta baru Eropah (Euro NCAP). Tambahan lagi, kereta tersebut juga memenangi pilihan keselamatan terbaik 2013 oleh Institut Insuran Keselamatan Lebuhraya. Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).



Di samping itu juga, GHK Motors turut menyatakan bahawa Promosi Istimewa Chevrolet sedang berjalan sehingga 30 Jun nanti dengan setiap pembelian mana-mana model Chevrolet akan layak untuk masuk dalam cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

 

Di antara hadiah yang boleh dimenangi dalam promosi istimewa itu termasuk hadiah utama merupakan sebuah Chevrolet Cruze 2013 (Auto) dan hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menarik termasuk baucar wang tunai $3 ribu, televisyen LED 46 inci, iPhone 5, iPad 4, Mini iPad serta 10 hadiah sagu hati berupa baucar wang tunai $100.



Jangan lepaskan peluang terbesar ini untuk menyaksikan sendiri keluaran kereta terbaru dari syarikat Goh Hock Kee Motors di bilik Pameran Chevrolet, Bangunan Sumbangsih Bahagia.