Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, May 8, 2013

Keluaran baru Chevrolet Sonic akan dilancarkan hari Jumaat ini


Pada 10hb Mei ini, orang ramai akan menyaksikan sejarah baru bagi Pengeluar Jenama Chevrolet menghasilkan sebuah kereta yang menggantikan model Chevrolet ‘Aveo’ walaubagaimanapun, sudah banyak peminat kereta tersebut mula menyebarkan gossip akan kecantikan kereta baru ini melalui internet.


Kereta Sportif yang dipanggil sebagai ‘Sonic’ berpandukan kepada pemanduan yang menyeronokkan. Berbanding dengan kereta masa kini yang mempunyai pelbagai jenis kawalan elektronik, Sonic membawa kepada kenpenampilan yang bergaya, sportif dan ekonomi. 

Menurut Pengurus Jualan Chevrolet, Tony Chua, Chevrolet Sonic boleh didapati dengan dua jenis versi iaitu Sedan dan hatchback, Sonic dimuatkan dengan 1.4 silinder In-Line DOHC 16 Valve Timing Chain yang menyalurkan 100 Km/h dan sebesar 45.8 liter kapasiti penyimpanan minyak. Walaubagaiamanapun, Sonic mempuntyai keunikan tersendiri yang mana dimuatkan dengan 6 kelajuan bagi transmisi otomatik dan 5 kelajuan bagi transmisi manual.


“Kereta ini sudah setentunya, memberikan keseronokan, keselesaan yang mempunyai bunyi enjin nyaman bagi pemanduan jauh. Apatah lagi Sonic mempunyai kelebihan dalam penjimatan minyak iaitu hanya menggunakan 5.8 Litre sejauh 100Km”. 

Beliau menerangkan dibahagian dibahagian luar, perubahan dibahagian depan mempunyai bentuk dinamik dan lampu yang tidak berkaca dipanggil Halogen Multi Reflector untuk  menampilkan gaya kemewahan dan juga menarik perhatian ramai”.


“Manakala, bahagian dalam mempunyai ruang muatan luas dibahagian depan memberi keselesaan kepada pemandu. Sistem keselamatan diutamakan dari segi sistem Anti Brake (ABS) dan Sistem keselamatan bag angin. Chevrolet Sonic juga dianugerahkan 5-bintang dari Pentadbiran Keselamatan Lalulintas Lebuhraya kebangsaan (NHTSA) dan juga anugerah  5-bintang  dari program Penilaian kereta baru Eropah (Euro NCAP). Tambahan lagi, kereta tersebut juga memenangi pilihan keselamatan terbaik 2013 oleh Institut Insuran Keselamatan Lebuhraya. Insurance Institute for Highway Safety (IIHS)”.

Di samping itu juga, GHK Motors turut menyatakan bahawa Promosi Istimewa Chevrolet juga sedang berjalan sehingga 30 Jun nanti dengan setiap pembelian mana-mana model Chevrolet akan layak untuk masuk dalam cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.
 

Di antara hadiah yang boleh dimenangi dalam promosi istimewa itu termasuk hadiah utama merupakan sebuah Chevrolet Cruze 2013 (Auto) dan hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menarik termasuk baucar wang tunai $3 ribu, televisyen LED 46 inci, iPhone 5, iPad 4, Mini iPad serta 10 hadiah sagu hati berupa baucar wang tunai $100.

Jangan lepaskan peluang terbesar ini untuk menyaksikan sendiri pelancaran kereta terbaru dari Chevrolet dikawasan Bilik Pameran Chevrolet Goh Hock Kee Motors, Bangunan Sumbangsih Bahagia pada jam 9 pagi.