Bersempena
dengan pelancaran Peugeot 208 5 pintu semalam, syarikat tersebut turut
mengumumkan pemenang Pertandingan ‘Let Your Body Drive’ yang telah berlangsung
baru-baru ini.
Tempat
ketiga jatuh kepada Kumpulan ‘ASOD’ menerima piala iringan diikuti ditempat
kedua dimenangi oleh ‘Fiz Damit’ juga memenangi piala Iringan dan selaku Juara
pertandingan jatuh kepada Kumpulan ‘The Last Minute Crew’ memenangi hadiah
berupa Wang Tunai B$500 beserta piala iringan. Hadiah-hadiah telah disampaikan
oleh Pengarah Urusan TCY Motors Sdn bhd, Teng Chee Kiong berlangsung di Bilik
Pameran TCY Motors Peugeot, Kiarong.
Sementara
itu, salah seorang pelanggan Haji Abas bin Haji Abu Bakar yang berada di Bilik
Pameran itu dihadiah berupa ‘iphone 5’ setelah nama beliau diumumkan setelah
diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah pada malam itu.
Pada
pelancaran itu, orang ramai diberi peluang untuk menyaksikan lebih dekat
kebolehan kereta tersebut yang mana kelebihan Peugeot 208 tidak begitu berbeza
dengan model 3 pintu, walaubagaimanapun ada prubahan sedikit bahagian depan
gril dan tayar rim Alloy yang dimuatkan dengan reka bentuk sportif yang dipanggil
‘Hilium’.
Peugeot 208 dimuatkan dengan sistem ESP (Electronic
Stability Program) yang menampilkan ABS, EBD, EBA, DSC dan ASR menjadikan
Peugeot 208 mempunyai kemampuan pengawalan semasa memandu yang sempurna. Dengan
keluaran terbaru ini Peugeot telah membuat perubahan baru dari segi lampu depan
dan belakang, dan gril hadapan berbentuk lebih padat, Peugeot juga menambah kepada lampu hadapan dengan
lampu LED untuk memberi keutamaan keselamatan bagi perjalanan waktu pagi.
Keluaran Peugeot 208 terbaru ini adalah model untuk
bekeluarga yang dikategorikan 208 sebagai kereta B-segment telah memenangi
beberapa anugerah di eropah seperi ‘Supermini Terbaik’di United Kingdom,’
Kereta terbaik Tahunan’ di Sepanyol dan ‘Auto europa 2013’ di Itali.
Walaupun ianya dijadikan sebagai kereta mini tetapi
model terbaru ini mempunyai ruang yang luas, mempunyai peralatan elektronik
memberikan keselesaan kepada pemandu serta penumpangnya. 208 dimuatkan dengan
sistem monitor sesentuh (touchscreen) bagi memberi keselesaan dalam mengawa
radio, pemain CD dan set telefon Bluetooth semasa memandu.
Peugeot 208 dilengkapi dengan enjin VTi 4-silinder
1.6 litre fuel injection, bukan sahaja mampu memberikan kuasa sehingga 120 PS
@6,000 rpm bahkan ianya sebagai kereta penjimatan minyak.