Courtesy : Sim Y H
Salah sebuah model kereta jenama KIA yang amat diminati di Brunei, Cerato,
kini tampil dengan bukan sahaja wajah yang lebih menawan tetapi mengetengahkan
inovasi serta kecemerlangan teknikal yang tinggi.
KIA Cerato 1.6L SX 1.6 CC, kini bertemu dengan penggemarnya di Negara
Brunei Darussalam apabila model terbaru Cerato itu dilancarkan di pasaran
Brunei dalam majlis yang diadakan di Dewan Pameran Grand Motors Sdn Bhd di
Beribi, kelmarin.
Hadir untuk menyempurnakan pelancaran model terbaru Cerato itu adalah Duta
Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Choi Byung Koo dan Pengarah Grand
Motors Sdn Bhd, Teng Chin Ying. Turut hadir semasa pelancaran itu adalah lebih
dari 50 jemputan khas serta pelanggan KIA yang diberikan peluang untuk
menyaksikan dengan lebih dekat model Cerato terbaru itu.
Cerato 1.6L SX 1.6CC itu direka untuk memberikan pengalaman memandu yang
selesa dengan mempunyai sistem kawalan iklim dalam kereta yang terkini untuk
memberikan keselesaan yang tinggi kepada pemandu dan juga penumpang dalam
perjalanan yang jauh.
Setiap rekaan yang dibuat bagi Cerato terbaru bukan sahaja mengambil kira
nilai keselesaan tetapi juga memberikan penampilan yang lebih moden kepada
pemandu serta juga mengetengahkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Cerati terbaru juga mempunyai nadi penggerak enjin berteknologi terkini
iaitu Enjin petrol Gamma 1.6 MPI yang mempunyai Dual Continously Variable Valve
Timing (D-CVVT) serta sistem injection minyak elektronik dan pada masa yang
sama dengan rekaan aluminium yang ringan
memastikan penjimatan minyak yang lebih baik.
Enjin yang juga mempunyai kadar emisi yang rendah itu adalah lebih mesra
alam dengan enjin berkenaan berkemampuan untuk mengeluarkan kuasa maksimum, 130
ps pada 6,300rpm dan kuasa torque maksimum, 16.0 kg.m pada 4,850 rpm.
Oleh itu, orang ramai yang ingin untuk mengetahui dan melihat dengan lebih
dekat KIA Cerato terbaru adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke Dewan Pameran
Grand Motors Sdn Bhd yang terdekat.