Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, April 8, 2013

Muhammad Qamarulzaman Bin Mat Yusop berjaya membawa balik bot Suzuki Leisure



Pada hari Ahad semalam, Boustead Sdn Bhd menjalankan promosi "Style The Way You Want It 2" siri kedua di Mall, Gadong.

Kali ini menyaksikan Awang Muhammad Qamarulzaman Bin Mat Yusop menjadi pemenang utama berkonsepkan dalam permainan yang sama seperti siri pertama. Awang Muhammad Qamarulzaman Bin Mat Yusop yang telah menjumpai kunci yang disembunyikan telah berjaya memenangi sebuah bot (perahu) Suzuki Leisure. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai.

Pemenang kedua, Awang Haji Ramli Bin Haji Omar, memenangi set jam tangan jenama Cartier yang turut disampaikan oleh Dato Lim Beng Thai selaku tetamu kehormat majlis.

Promosi ini adalah promosi ‘Style The Way You Want II’ yang mana setiap pembelian apa jua jenis kereta jenama Suzuki dari 19hb Disember 2012 hingga 31hb Mac 2013 akan layak menerima tiket cabutan bertuah untuk memenangi sebuah kapal Suzuki Leisure.
Kesembilan peserta lainnya yang diumumkan turut diberikan hadiah saguhati yang telah disampaikan oleh Pengarah kewangan Boustead Sendirian Berhad, Lim Geok Ching selaku tetamu kehormat majlis.