Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, April 7, 2013

Dayang Rowena membawa pulang Motosikal Ducati Monster


Tuah ‘Dayang Rowena Ansaruddin Dioso’ tidak lari kemana-mana setelah beliau berjaya menemukan kunci yang disembunyikan dari 16 buah kotak dalam permainan untuk memenangi hadiah utama berupa Sebuah Motosikal Ducati Monster.

Dayang Rowena yang mewakili suami beliau Mohd Danial bin Abdullah menuju ke pentas setelah nombor cabutan beliau diumumkan bersama sembilan lagi peserta lainnya, tetapi akhirnya hanya beliau dan Daniel Gabriel Tan berjaya memasuki pusingan akhir untuk meneka kotak tersembunyi.

Pengunjung yang membanjiri Mall Gadong menyaksikan Daniel Gabriel Tan dan Dayang Rowena berusaha untuk mencari kunci motosikal tersebut sehinggakan anak kepada Dayang Rowena sendiri membantu untuk memilih kotak-kotak yang ada sehinggakan menemui apa yang diimpikan, dengan penemuan itu, sorakan khalayak ramai sekaligus diumumkan sebagai pemenang utama promosi Syarikat Boustead Sdn Bhd kali ini iaitu sebuah motosikal Ducati Monster.

Walaubagaimanapun, Daniel Gabriel Tan secara otomatik berjaya memenangi ditempat kedua menerima hadiah berupa katil jenama Dat Co.

Promosi ini adalah promosi ‘Style The Way You Want II’ yang mana setiap pembelian apa jua jenis kereta jenama Nissan dari 19hb Disember 2012 hingga 31hb Mac 2013 akan layak menerima tiket cabutan bertuah untuk memenangi sebuah motosikal Ducati Monster.

Kesembilan peserta lainnya yang diumumkan turut diberikan hadiah saguhati yang telah disampaikan oleh Pengarah kewangan Boustead Sendirian Berhad, Lim Geok Ching selaku tetamu kehormat majlis.