Mantuka

Hyundai i30N

Friday, March 29, 2013

Pelancaran Peugeot 208 dirasmikan hari ini



 
Orang ramai membanjiri bilik pameran TCY Motors di Kiarong Sentral bagi menyaksikan lebih dekat pelancaran rasmi kereta terbaru ‘Peugeot 208’. Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengerusi TCY Motors Sdn Bhd, Teng Chin Ying dan Pengarah Urusan TCY Motors Sdn Bhd, Teng Chee Khiong.


Pada pelancaran itu juga, salah seorang yang mengunjungi bilik pameran tersebut, Haji Mahlil bin Haji Mat Salleh memenangi hadiah utama berupa Ipad Mini semasa cabutan bertuah dijalankan. Lapan pemenang peraduan jawab dan menang di lama Facebook bermula dari 25hb hingga 28hb Mac ini, yang mana dua pemenang bertuah seharian akan memenangi Macaron 208 Edisi Terhad yang direka oleh MADbites CafĂ©. 



Keluaran Peugeot 208 terbaru ini adalah model jenis super mini yang dikategorikan sebagai kereta B-segment telah memenangi beberapa anugerah di eropah seperi ‘Supermini Terbaik’di United Kingdom,’ Kereta terbaik Tahunan’ di Sepanyol dan ‘Auto europa 2013’ di Itali.

Dengan keluaran terbaru ini Peugeot telah membuat perubahan baru dari segi lampu depan dan belakang, dan gril hadapan berbentuk lebih padat,Peugeot  juga menambah kepada lampu hadapan dengan lampu LED untuk memberi keutamaan keselamatan bagi perjalanan waktu pagi.


Walaupun ianya dijadikan sebagai kereta mini tetapi model terbaru ini mempunyai ruang yang luas, mempunyai peralatan elektronik memberikan keselesaan kepada pemandu serta penumpangnya. 208 dimuatkan dengan sistem monitor sesentuh (touchscreen) bagi memberi keselesaan dalam mengawa radio, pemain CD dan set telefon Bluetooth semasa memandu. 

Peugeot 208 dilengkapi dengan enjin VTi 4-silinder 1.6 litre fuel injection, bukan sahaja mampu memberikan kuasa sehingga 120 PS @6,000 rpm bahkan ianya sebagai kereta penjimatan minyak. 

Peugeot 208 terbaru dipamerkan di bangunan Bilik Pameran Audi di Jalan Kiarong. Orang ramai juga boleh menghubungi ditalian 2426969 untuk keterangan lanjut.